Pakar Perunding Psikiatri Forensik selesai beri keterangan kes Zara Qairina

KOTA KINABALU – Pakar Perunding Psikiatri Forensik Hospital Bukit Padang, Kota Kinabalu, Dr Chua Sze Hung selesai memberi keterangan dalam prosiding inkues Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir hari ini.

Peguam bela, Joan Goh berkata, Chua memberi keterangan hari ini, dengan berpandangan kematian Allahyarhamah Zara mempunyai ciri-ciri yang konsisten dengan tindakan mencederakan diri sendiri yang membawa maut.

Menurutnya, saksi berpandangan, kejadian pada hujung minggu sebelum 15 Julai mungkin menyebabkan Allahyarhamah Zara berasa malu selepas dimarahi ibunya di hadapan rakan rapatnya sendiri.

Sementara itu, Datuk Ram Singh dalam sidang medianya bersama-sama Joan pada Jumaat, berharap inkues kematian Zara Qairina dapat diselesaikan hujung tahun ini.

Katanya, beliau berharap ibu mangsa, Noraidah Lamat akan memberi keterangan terlebih dahulu kerana persoalan utama terletak padanya.

Jelasnya, semua pihak kini menantikan keterangan Noraidah yang dianggap penting bagi merungkai kebenaran kes berkenaan.

Prosiding inkues dijadual bersambung semula pada 25 dan 26 Jun depan.

Zara Qairina,13, pelajar tingkatan satu, ditemui tidak sedarkan diri pada 16 Julai 2025 di perkarangan asramanya di Papar dan disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) pada pukul 1.07 tengah hari keesokan harinya.

Related Posts

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam Op Tapis Khas di sekitar Kabong pada Isnin. Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

KUCHING – Kerajaan Selangor dan Sarawak sepakat menjalin kerjasama strategik bagi membangunkan sektor ekonomi kreatif, keusahawanan, dan pembangunan belia melangkaui perbezaan ideologi politik.   Persetujuan itu dicapai susulan kunjungan hormat Exco…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

PRN Johor: Abdul Karim tegaskan kehadiran Tiong King Sing tiada kaitan dengan GPS

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Sorok syabu dalam beg silang, lelaki 28 tahun dicekup di Kabong

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

Selangor, Sarawak jalin kerjasama bangunkan industri kreatif

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

13,000 Rohingya direkodkan di Kelantan, keselamatan negeri terkawal

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

324 pesara terima insentif khas RM4,000 daripada Kerajaan Negeri Perak

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima

Baucar Kita Selangor kembali 23 Jun, perluas manfaat kepada lebih ramai penerima