Isi rumah terbeban, kenaikan tarif elektrik Sabah perlu diteliti semula

KOTA KINABALU – Kerajaan diminta mengkaji semula pelaksanaan kenaikan tarif elektrik di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang telah berkuat kuasa pada 1 Februari lepas.

Felo Penyelidik, Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar (CEDP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Mohamad Isa Abd Jalil berkata, kerajaan tidak seharusnya melihat isu ini hanya dari sudut menampung kos operasi dan menaik taraf sistem bekalan elektrik semata-mata, tetapi juga perlu mengambil kira kesan langsung terhadap perbelanjaan bulanan rakyat.

“Tarif purata asas telah diselaraskan daripada 34.52 sen per kilowatt-jam (kWj) kepada 39.70 sen/kWj iaitu peningkatan sekitar 15 peratus.

“Di atas kertas, angka ini mungkin kelihatan sederhana, namun pengalaman sebahagian pengguna menunjukkan kesan jauh lebih besar apabila bil akhir yang diterima meningkat secara mendadak.

“Di media sosial, ramai pengguna meluahkan rasa terkejut apabila bil elektrik meningkat tinggi berbanding bulan sebelumnya dan ada yang mendakwa kenaikan hampir sekali ganda,” ujarnya dalam kenyataan media, pada Jumaat.

Mohamad Isa berkata, walaupun dakwaan itu perlu disahkan menerusi data rasmi, kerajaan tidak wajar menolaknya begitu sahaja kerana apabila pengalaman rakyat yang tidak selari dengan unjuran rasmi maka dasar tersebut perlu disemak semula.

“Dalam keadaan kos sara hidup yang masih menekan, kenaikan bil elektrik secara mengejut boleh memberi kesan besar kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

“Bagi isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana, tambahan RM50, RM100 atau RM150 sebulan bukan jumlah kecil kerana ia boleh mengurangkan perbelanjaan untuk makanan, pendidikan anak, pengangkutan, kesihatan dan simpanan keluarga,” kongsinya.

Tambahnya, kenaikan bil elektrik turut memberi kesan kepada ekonomi mikro apabila lebih banyak wang digunakan untuk membayar utiliti sehingga mengurangkan perbelanjaan terhadap barang dan perkhidmatan lain.

“Kesan ini akhirnya boleh merebak kepada peniaga kecil, kedai runcit, gerai makanan dan ekonomi tempatan,” ujarnya.

Justeru itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan kenaikan tarif secara separuh terlebih dahulu sebagai langkah sementara.

“Jika kenaikan semasa sekitar 5 sen/kWj, kerajaan boleh mempertimbangkan kenaikan sekitar 2.5 sen/kWj sahaja buat sementara waktu.

“Pendekatan ini lebih munasabah kerana ia masih membolehkan usaha penambahbaikan sektor tenaga diteruskan tetapi pada masa sama mengurangkan kejutan kos kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan agar kerajaan menjalankan audit impak tarif secara bebas menggunakan data bil sebenar sebelum dan selepas 1 Februari 2026 bagi mengenal pasti jumlah pengguna yang terkesan.

Selain itu, katanya, semua kes bil elektrik yang meningkat lebih 50 peratus berbanding purata enam bulan sebelumnya perlu disemak secara automatik.

“Pengguna tidak sepatutnya menanggung beban untuk membuat aduan satu persatu jika sistem sendiri boleh mengesan lonjakan luar biasa,” katanya.

Ujarnya, bantuan bersasar juga perlu diperluas kerana tekanan bil elektrik tidak hanya dirasai oleh miskin tegar.

“Keluarga B40, M40 bawah, pesara, keluarga besar, peniaga kecil, petani, nelayan dan isi rumah yang mempunyai keperluan kesihatan tertentu juga perlu diberi perhatian,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan juga perlu menetapkan petunjuk prestasi yang jelas kepada Sabah Electricity.

“Jika rakyat diminta membayar lebih, rakyat berhak melihat hasilnya. Gangguan bekalan elektrik mesti berkurang. Grid mesti lebih stabil.

“Aduan pengguna mesti diselesaikan dengan cepat. Laporan kemajuan juga perlu diterbitkan secara berkala,” ujarnya.

Related Posts

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

TEMERLOH – Kerajaan Pahang terbuka untuk berbincang dengan Berjaya Hills Resort Bhd (Berjaya Hills) bagi merungkai kemelut berkaitan tindakan penguatkuasaan terhadap tanah diusahakan syarikat itu di Bukit Tinggi, dekat Bentong.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Fasa peralihan monsun bermula, jerebu dijangka beransur pulih dan bawa hujan lebat

  • By Aden
  • October 6, 2026
Fasa peralihan monsun bermula, jerebu dijangka beransur pulih dan bawa hujan lebat

Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

  • By Ezmie
  • October 6, 2026
Penjawat awam direman, disyaki salah guna kuasa babit 15 projek RM2 juta

14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
14 botol air ketum dirampas, seorang lelaki ditahan

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000

Pegawai kanan agensi kerajaan antara direman kes rasuah RM155,000