Lima ahli sindiket curi kabel ditahan, lori turut dirampas

TAIPING – Kegiatan licik sindiket mencuri kabel telekomunikasi di sekitar daerah ini berjaya ditumpaskan apabila lima lelaki tempatan diberkas polis ketika dipercayai sedang menjalankan kegiatan jenayah itu dalam satu operasi awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi, Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah terserempak dengan sekumpulan lelaki dalam keadaan mencurigakan di sebuah lokasi sekitar Taiping.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abd Malek Ismail berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati kumpulan terbabit dipercayai sedang menjalankan kegiatan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM).

Menurut beliau, polis berjaya menahan lima lelaki warga tempatan berusia antara 35 hingga 39 tahun yang dipercayai aktif terlibat dalam kegiatan mencuri kabel bawah tanah milik TM di sekitar daerah Taiping.

“Semasa serbuan dilakukan, dua suspek didapati sedang memotong kabel telekomunikasi, manakala tiga lagi sedang mengangkat kabel tersebut ke dalam lori,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam operasi sama, polis turut merampas sebuah lori serta beberapa peralatan dipercayai digunakan untuk memotong dan mengangkut kabel yang dicuri.

Siasatan awal mendapati kumpulan terbabit dipercayai bergerak secara terancang dengan menyasarkan kabel bawah tanah milik TM sebelum dipotong dan dibawa keluar menggunakan lori bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Pihak polis kini sedang giat mengesan beberapa lagi ahli kumpulan yang dipercayai terlibat bagi membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta utiliti awam dan Seksyen 235 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam pada itu, Abd Malek turut meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu mengekang kegiatan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara.

Related Posts

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

MIRI – Kesemua lima mangsa yang menaiki sebuah helikopter sewa khas bagi Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) disahkan maut selepas pesawat berkenaan terhempas di hujung landasan STOLport Long Lellang pada petang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar