Keluar PKR, Rafizi dan Nik Nazmi belum habis merajuk

KUANTAN – Tindakan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad keluar PKR dan mengetuai Parti Bersama Malaysia (Bersama) menunjukkan kedua bekas pemimpin parti itu masih merajuk.

Ketua Cabang PKR Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, Ahli Parlimen (MP) Pandan dan Setiawangsa itu juga memilih hari Konvensyen Pakatan Harapan yang berlangsung di Johor untuk mengumumkan perkara berkenaan dengan tujuan menarik perhatian.

“Saya fikir ramai masih keliru bila (sebenarnya) kedua-dua pengkhianat parti ini keluar PKR. Mereka keluar dahulu atau lepas jawatan MP dahulu?

“Satu dunia tahu, mereka buat program menyatakan hala tuju politik (selepas kalah pemilihan parti) bertempat di Petaling Jaya pada hari Ahad.

“Hasrat dinyatakan pula untuk ambil alih parti Bersama – PBM (ada yang kata Parti Budak-budak Merajuk) dengan logo baru diperkenalkan iaitu logo Sang Kancil – watak binatang yang bijak menipu.

“Menyatakan hasrat sedemikian sudah cukup menunjukkan mereka ambil keputusan keluar parti… cuma secara teknikal atau dokumentasi sahaja belum dibuat,” jelasnya.

Dia turut mempersoalkan kenapa tidak dimulakan dengan letak jawatan sebagai MP terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman berkaitan hala tuju politik yang baru.

“Mereka tergesa-gesa mahu buat pada hari yang sama dengan Konvensyen PH untuk dapatkan perhatian.

“Mungkin tidak sempat untuk memikirkan langkah-langkah bijak sebelum bertindak.

“Ye lah… sebijak-bijak kancil pun, akhirnya ke dalam kuali juga.

“(Lagi pula) Sabtu dan Ahad, Parlimen tutup, Speaker tiada di pejabat… mahu tidak mahu, terpaksa hantar surat pada hari Isnin dan perletakan jawatan MP berkuatkuasa serta merta hari yang sama,” tambahnya.

Wan Fauzuldin dalam satu hantaran di Facebook hari ini turut menggambarkan penubuhan Bersama membuka pintu rezeki kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Rezeki PRU16… kita sembelih kancil,” tulisnya ringkas dipercayai merujuk kepada parti Bersama yang menggunakan logo Kancil.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belanjawan 2027 ringankan kos, beban sara hidup masyarakat

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

Belia Malaysia-Rusia ‘berhubung’ menerusi Paya Besar Global Pulse

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

PM bentang Belanjawan 2027 petang ini, teruskan tekad tingkat taraf hidup rakyat

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas