Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

KOTA KINABALU – Terminal Feri Jesselton Point yang dinaiktaraf dapat memperkukuh kedudukan Sabah sebagai hab pelancongan maritim utama, sekali gus merangsang pertumbuhan ekonomi negeri.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek berkenaan selaras dengan aspirasi Sabah Maju Jaya 2.0 yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan ekonomi berimpak tinggi, ekonomi biru dan pelancongan

Katanya, peningkatan kemudahan di terminal itu turut selari dengan pertambahan jumlah penumpang yang direkodkan pada tahun lalu.

“Terminal itu memainkan peranan penting dalam memperkukuh segmen pelancongan berasaskan pulau dan marin, khususnya di sekitar Kota Kinabalu termasuk Taman Tunku Abdul Rahman yang merangkumi Pulau Manukan, Gaya, Sapi dan Mamutik.

“Pada 2025, terminal ini merekodkan seramai 552,369 penumpang berbanding 388,395 pada tahun sebelumnya,” katanya pada majlis perasmian terminal baharu itu, di sini, pada Isnin.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Difahamkan, terminal itu juga merupakan sebahagian daripada pembangunan Jesselton Waterfront City bernilai kira-kira RM9.2 bilion yang dijangka mengubah landskap pesisir Kota Kinabalu menjadi destinasi bertaraf dunia.

Menurut Hajiji, naik taraf berkenaan turut melibatkan pematuhan piawaian keselamatan antarabangsa serta penggunaan teknologi digital seperti sistem tiket elektronik dan pengurusan penumpang bersepadu.

“Dengan adanya terminal yang lebih selesa, keyakinan pelancong untuk berkunjung ke destinasi pulau di sekitar ibu negeri akan terus meningkat.

“Ini secara tidak langsung diyakini mampu menampung pertambahan pelawat ke Sabah yang mencatatkan 3.8 juta ketibaan tahun lalu dengan hasil pelancongan sebanyak RM8.7 bilion.

“Malah, pembangunan tersebut turut memberi impak positif kepada ekonomi setempat melalui pembukaan peluang perniagaan dan peningkatan taraf hidup komuniti,” tambahnya.

Related Posts

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

MIRI – Tindakan berani dua lelaki menyamun dan melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki dua beranak di kawasan Bulatan Time Square, Jalan Cina mengundang padah apabila salah seorang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Team Task Force Balai Polis Siguntur berjaya menumpaskan kegiatan pemindahan minyak diesel bersubsidi dalam satu operasi di kawasan Jalan Weng…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Ekonomi negara kekal berdaya tahan di sebalik ketidaktentuan global – PM

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah