Dua beranak cemas diacu pisau, suspek larikan SUV berjaya ditahan

MIRI – Tindakan berani dua lelaki menyamun dan melarikan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dinaiki dua beranak di kawasan Bulatan Time Square, Jalan Cina mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, suspek warga tempatan berusia 50 tahun itu dicekup pada hari kejadian yang berlaku pada 17 Mei lalu.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung insiden tersebut selepas wanita terbabit bersama anaknya berdepan detik cemas ketika berada di dalam sebuah SUV jenis Toyota Fortuner berwarna putih kira-kira jam 9.15 pagi.

“Dua lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kenderaan mangsa. Salah seorang suspek kemudiannya bertindak mengacukan pisau ke arah leher anak pengadu manakala rakan jenayahnya mengugut pengadu menggunakan senjata yang sama.

“Suspek melarikan kenderaan tersebut sebelum menurunkan mangsa bersama anaknya di kawasan Miri Park,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohd Farhan Lee berkata, mangsa bukan sahaja trauma malah kerugian wang tunai sebanyak RM600 berserta kenderaan, dengan jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan mencecah RM170,600.

Bagaimanapun tegasnya, bertindak atas maklumat dan siasatan awal, sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berjaya memberkas suspek di kawasan berhampiran Time Square.

“Polis turut berjaya menemui semula Toyota Fortuner milik mangsa yang ditinggalkan di kawasan tempat letak kereta sebuah pasar raya besar di sini.

“Hasil semakan juga mendapati suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan kes samun, curi kenderaan serta kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkawan bersenjata.

“Suspek kini direman selama enam hari bermula 18 hingga 24 Mei ini bagi membantu siasatan dan usaha menjejaki seorang lagi rakan suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian digesa tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan, ASP Anuar Affindi di talian 019-7319540 atau ke mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka