Marin Sabah tumpas kegiatan pindah diesel subsidi, rampasan lebih RM194,000

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah bersama Team Task Force Balai Polis Siguntur berjaya menumpaskan kegiatan pemindahan minyak diesel bersubsidi dalam satu operasi di kawasan Jalan Weng Sing, Sungai (Sg) Manila, di sini, pada Ahad.

Dalam operasi kira-kira pukul 1.20 tengah hari itu, dua lelaki masing-masing seorang warga tempatan dan warga Indonesia turut ditahan, dipercayai terlibat dalam aktiviti pemindahan diesel secara haram.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Amri Abd Rahman berkata, hasil pemeriksaan berjaya menemukan kira-kira 14,200 liter minyak diesel bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM69,154 sekiranya dijual di pasaran gelap.

“Turut dirampas sebuah lori serta beberapa peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan berkenaan termasuk skid tank dan peralatan pemindahan minyak dengan kesurihan rampasan bernilai RM194,354.

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Tegas Ahmad Amri, pihaknya terus memperhebat operasi pemantauan dan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan penyelewengan barang kawalan yang boleh menjejaskan ekonomi serta keselamatan negara.

Related Posts

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

IPOH – Seorang wanita didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin selepas mengaku bersalah melakukan kekerasan jenayah terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ketika sambutan Hari Kebangsaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

IPOH – Kegiatan seorang lelaki yang dipercayai aktif mengedar dadah sejak empat bulan lalu terbongkar apabila dia ditahan bersama ketamin, MDMA serta pelbagai objek menyerupai senjata api dan ratusan peluru…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka