Lelaki diselamatkan cuba terjun tingkat tujuh parkir hospital

KUCHING – Tindakan pantas dan kemahiran komunikasi anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berjaya menyelamatkan seorang lelaki yang didapati cuba terjun dari tingkat tujuh bangunan parkir MEDITEL, Hospital Umum Sarawak pada malam Isnin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut pada jam 8.22 malam.

Susulan itu, sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan I, Chaplin Wan selaku Komander Operasi bergegas ke lokasi kejadian yang terletak sejauh dua kilometer dari balai.

“Sebaik tiba di lokasi pada jam 8.26 malam, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) mendapati terdapat seorang lelaki dewasa berusia dalam lingkungan 40-an sedang berada di bahagian pinggir bangunan berkenaan dan memerlukan bantuan sokongan segera.

“Anggota bomba bertindak dengan berhati-hati memujuk mangsa untuk bertenang. Hasil komunikasi dan pujukan tersebut, mangsa akhirnya memberikan kerjasama yang baik dan berjaya diiringi ke kawasan yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, lelaki tersebut dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal.

Beliau seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang turut berada di lokasi untuk tindakan lanjut serta rujukan bantuan sewajarnya.

Operasi penyelamatan yang turut dibantu oleh kekuatan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Jentera Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) itu terkawal pada jam 8.45 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.52 malam.

Related Posts

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

KOTA BHARU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang aktif melakukan jenayah pada waktu siang selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Perol pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

TAWAU – Seorang wanita melecur di pergelangan tangan kiri manakala 10 kedai runcit jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, awal pagi Selasa. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Program Jom Ngopi bersama MTPN perkasa literasi digital komuniti Sibu

Program Jom Ngopi bersama MTPN perkasa literasi digital komuniti Sibu

Dungun muncul hub teknologi tenaga baharu, R&D diperkasa

Dungun muncul hub teknologi tenaga baharu, R&D diperkasa

DAP sedia jika PRU mengejut diadakan

DAP sedia jika PRU mengejut diadakan