Dungun muncul hab teknologi tenaga baharu, R&D diperkasa

DUGUN – Malaysia perlu memperkukuh penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam teknologi penyimpanan tenaga bagi memastikan sistem bekalan elektrik negara kekal stabil serta mampu menyokong agenda peralihan tenaga nasional secara mampan.

Memetik laporan daripada The Malay Mail, Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Fadillah Yusof berkata, pembangunan teknologi Battery Energy Storage System (BESS) kini menjadi komponen kritikal dalam usaha meningkatkan integrasi tenaga boleh baharu (TBB) ke dalam gred nasional.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan projek Santong Battery Energy Storage System (BESS) berkapasiti 100MW/400MWh milik Tenaga Nasional Berhad di Pake, Dugun hari ini.  

Menurut beliau, sistem tersebut bukan sahaja membantu menstabilkan bekalan elektrik negara, malah berperanan sebagai “bank tenaga pintar” pertama Malaysia yang menggunakan teknologi grid-forming bagi menyimpan lebihan tenaga sebelum disalurkan semula apabila diperlukan.

“Apabila lebih banyak tenaga solar dan tenaga boleh baharu dihasilkan, kestabilan grid menjadi cabaran utama. Teknologi bateri seperti ini penting untuk memastikan bekalan sentiasa mencukupi dan stabil,” katanya.

Fadillah turut menegaskan bahawa pembangunan projek seperti Santong BESS selari dengan aspirasi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang menyasarkan kapasiti tenaga boleh baharu mencecah 70 peratus menjelang 2050.  

Dalam pada itu, Pengerusi Tenaga Nasional Berhad, Tan Sri Abdul Razak Abdul Majid berkata projek strategik tersebut dibangunkan dalam tempoh hanya 309 hari, sekali gus membuktikan keupayaan TNB melaksanakan infrastruktur tenaga kritikal secara pantas dan efisien.  

Katanya: sistem BESS Santong mampu menyokong keperluan elektrik bersamaan kira-kira 40,000 isi rumah di Pantai Timur bergantung kepada corak penggunaan semasa.

“Teknologi ini menggunakan sistem penyejukan cecair dan keupayaan grid-forming yang membolehkan integrasi tenaga boleh baharu secara lebih besar selain meningkatkan kecekapan operasi grid nasional,” katanya.  

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Datuk Shamsul Ahmad berkata BESS Santong akan memainkan peranan penting dalam pengurusan beban puncak serta mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik khususnya di Pantai Timur.

Beliau berkata projek bernilai kira-kira RM380 juta itu dijangka menjadi platform pembelajaran penting kepada industri tenaga tempatan dalam pembangunan serta pengoperasian teknologi penyimpanan tenaga berskala utiliti.

Related Posts

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

KAJANG – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu baja di Kedah kini hampir selesai selepas 37 saksi dirakam keterangan, termasuk Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

SANDAKAN – Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat segera bagi menyokong perkembangan sektor perindustrian di kawasan itu, khususnya menjelang sasaran bekalan gas ke Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) Sandakan pada 2029.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

PKR sedia lawan dengan siapa saja dalam PRN Melaka

NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

  • By Ezmie
  • September 19, 2026
NGO gesa dokumen pengampunan Najib didedah sepenuhnya

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kerajaan hormati keputusan pengampunan bersyarat Najib – Mustapha

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kes baja Kedah hampir selesai, Mohamad Sabu antara 37 saksi

Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

  • By Fandi
  • September 19, 2026
Kecekapan Pelabuhan Sandakan perlu dipertingkat sebelum 2029 – Ewon

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari

AirBorneo disaran tambah penerbangan Limbang-Kuching dua kali sehari