3 lelaki Korea didakwa culik, minta tebusan AS$10 juta

RAUB – Tiga lelaki warga Korea Selatan didakwa di Mahkamah Sesyen pada Isnin, atas pertuduhan menculik seorang lelaki senegara dan menuntut wang tebusan berjumlah AS$10 juta atau kira-kira RM39.7 juta, bulan lalu.

Kwon Kyungryul, 28; Kwak Jaeil, 40, dan Kim Myeong Joon, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Korea di hadapan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali, lapor Bernama.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga lelaki itu didakwa mencapai niat bersama untuk mendapatkan wang tebusan sebanyak AS$10 juta selepas melarikan dan menahan seorang lelaki warga Korea Selatan berusia 40 tahun secara salah di Kilometer 16, Jalan Genting Highlands, Bentong, pada 17 April 2026.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Akta 374) yang memperuntukkan hukuman penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan, jika disabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Fathin Nadhirah Kasim memohon satu tarikh baharu untuk sebutan semula kes bagi membolehkan penyerahan dokumen dan pelantikan peguam terhadap ketiga-tiga tertuduh.

Beliau berkata, kes itu sudah dimaklumkan kepada pihak Kedutaan Korea Selatan.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 29 Jun ini untuk sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.

Related Posts

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

KOTA BHARU – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pecah rumah yang aktif melakukan jenayah pada waktu siang selepas menahan tiga lelaki dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Perol pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

TAWAU – Seorang wanita melecur di pergelangan tangan kiri manakala 10 kedai runcit jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Titingan, di sini, awal pagi Selasa. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Sindiket pecah rumah siang hari tumpas, tiga lelaki ditahan

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Kebakaran awal pagi, 10 kedai runcit musnah dijilat api

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Terminal baharu Jesselton Point pacu pelancongan maritim Sabah

Program Jom Ngopi bersama MTPN perkasa literasi digital komuniti Sibu

Program Jom Ngopi bersama MTPN perkasa literasi digital komuniti Sibu

Dungun muncul hub teknologi tenaga baharu, R&D diperkasa

Dungun muncul hub teknologi tenaga baharu, R&D diperkasa

DAP sedia jika PRU mengejut diadakan

DAP sedia jika PRU mengejut diadakan