BUDI MADANI Diesel, bantuan interim RM100 diteruskan bantu rakyat hadapi kenaikan kos

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan meneruskan bantuan BUDI MADANI Diesel sebanyak RM300 sebulan selain bantuan interim tambahan RM100 kepada penerima yang layak bagi membantu rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup susulan kenaikan harga bahan api di pasaran global.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pendekatan itu adalah sebahagian langkah intervensi bersasar kerajaan untuk memastikan beban rakyat dapat dikurangkan.

“Kerajaan akan meneruskan intervensi bersasar, termasuk mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel sebanyak RM300 sebulan serta bantuan tambahan interim RM100 kepada penerima yang layak,” katanya ketika Taklimat Krisis Bekalan Global, hari ini.

Beliau berkata, Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) turut bersetuju agar cadangan penambahbaikan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) diteruskan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Katanya, penambahbaikan itu merangkumi penyelarasan kuota subsidi diesel secara lebih seimbang bagi memperkukuh kawalan terhadap ketirisan tanpa menjejaskan operasi perniagaan serta kelancaran rantaian bekalan.

“Berdasarkan data MySubsidi setakat 9 April lalu, lebih 398,000 kenderaan berdaftar di bawah SKDS. Jumlah ini melibatkan lebih 375,500 kenderaan pengangkutan darat barangan dan sekitar 23,000 kenderaan pengangkutan awam,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Insentif Pembajakan kepada Pesawah (IPKP) berjumlah RM300 sehektar mula disalurkan hari ini bagi membantu golongan pesawah mengurangkan kos operasi pertanian.

Menurutnya, langkah itu penting kerana peningkatan kos bahan api dan operasi pertanian boleh memberi kesan langsung kepada rantaian bekalan makanan negara.

“Program ini turut diperluas ke kawasan desa dan kampung terpilih, supaya rakyat mendapat akses kepada barangan keperluan asas pada harga lima hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa,” katanya.

Related Posts

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

KERALAM (INDIA) – Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Mufti Besar India, Sheikh Abubakr Ahmad dijadual berlangsung di Keralam (sebelum ini dikenali sebagai Kerala) esok, dalam rangka lawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

NEW DELHI – Kerjasama dalam industri semikonduktor menjadi antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi, dalam usaha memperluas perkongsian ekonomi Malaysia-India.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan