89 65 66 32 80 101 114 100 97 110 97 32 77 101 110 116 101 114 105 44 32 68 97 116 111 39 32 83 101 114 105 32 65 110 119 97 114 32 73 98 114 97 104 105 109 32 115 101 109 97 115 97 32 77 97 106 108 105 115 32 65 110 117 103 101 114 97 104 32 83 117 107 97 110 32 78 101 103 97 114 97 32 50 48 50 53 32 100 105 32 77 97 106 108 105 115 32 83 117 107 97 110 32 78 101 103 97 114 97 32 66 117 107 105 116 32 74 97 108 105 108 44 32 75 117 97 108 97 32 76 117 109 112 117 114 46 32 49 57 32 77 101 105 32 50 48 50 5
KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memastikan kebajikan atlet dan pembangunan sukan negara diberi keutamaan meskipun berdepan cabaran kewangan semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan berkaitan kegiatan sukan tidak akan dikurangkan kerana sektor berkenaan penting dalam melahirkan kejayaan negara di peringkat antarabangsa.
Beliau turut memberi jaminan bahawa aspek kebajikan atlet, termasuk kemudahan dan latihan, akan terus diperkukuh demi memastikan prestasi sukan negara terus meningkat.
“Walaupun kita kata ada kekangan kewangan, saya beri jaminan dan beritahu Taufik (Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari) dalam mesyuarat Jemaah Menteri, acara kegiatan dan kebajikan sukan tetap kita pelihara sepenuhnya. Tidak ada potongan.
“Saya ingat atlet ini bimbang sikit, susah hati (jika peruntukan dipotong). Jangan bimbang. Itu bukan masalah saya dan bukan masalah anda, itu masalah menteri.
“Jadi, mudah-mudahan kita lihat kejayaan terus di negara kita. Kita sudah capai tahap yang membanggakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2025 di sini, hari ini.
Menurut beliau, kejayaan dicapai atlet negara ketika ini membuktikan bidang sukan mempunyai potensi besar untuk terus berkembang sekiranya kebajikan atlet diberikan perhatian sewajarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan sebarang lebihan peruntukan kepada usaha meningkatkan kesejahteraan atlet.
“Jika mahu jayakan sukan, olahraga negara ini, tumpuannya mestilah kebajikan atlet.
“Itu menjadi faktor nombor satu. Lebih selesa dan mudah serta tempat latihan lebih baik,” katanya.
Pada majlis sama, Perdana Menteri turut menyampaikan Anugerah Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan kepada pasangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei.
Anugerah Olahragawan Paralimpik pula disampaikan kepada atlet para berbasikal, Mohammad Yusof Hafizi Shaharuddin, manakala atlet para renang, Lim Carmen, menerima Anugerah Olahragawati Paralimpik.



