Sarawak sambut baik kelulusan RM445 juta naik taraf Lapangan Terbang Miri

KUCHING – Kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak terus membuahkan hasil lumayan buat rakyat apabila peruntukan untuk menaik taraf Lapangan Terbang Miri dinaikkan kepada RM445 juta.  

Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, kelulusan kos siling baharu itu merupakan satu peningkatan yang signifikan berbanding hanya RM150 juta yang diperuntukkan sebelum ini.  

Sehubungan itu, beliau merakamkan penghargaan tertinggi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir atas kelulusan projek berimpak tinggi tersebut. 

“Kelulusan ini dicapai hasil libat urus berterusan kementerian kami bersama pihak Kerajaan Persekutuan. 

“Projek ini amat kritikal memandangkan Lapangan Terbang Miri adalah yang kedua paling sibuk di Sarawak dan menjadi hab utama Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS),” katanya.  

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Isnin.  

Jelas Kim Shin, apabila projek pembesaran itu siap kelak, kapasiti terminal berkenaan mampu menampung sehingga empat juta penumpang setahun berbanding hanya dua juta penumpang ketika ini.  

Dalam pada itu, beliau berkata sinergi utuh Pusat dan Negeri turut diterjemahkan melalui inisiatif Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-Henti (SBST) atau lebih dikenali sebagai BAS.MY. 

Menurutnya, projek di bawah seliaan Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Sarawak itu telah berjaya memperluaskan liputan pengangkutan awam di bandar raya ini.  

Terkini, sebanyak enam laluan bas baharu telah diperkenalkan meliputi kawasan Jalan Arang, Taman Hui Sing, Siburan, Samarahan, Stutong Baru, Kuching Sentral, dan Taman Sukma.  

“Penerimaan rakyat terhadap program ini sangat memberangsangkan.  

“Sebanyak 56 bas baharu yang beroperasi di 13 laluan utama telah mencatatkan lebih 847,000 jumlah penumpang setakat April lalu,” ujarnya.  

Tambah beliau, segala inisiatif yang digerakkan bersama-sama kerajaan Persekutuan ini membuktikan komitmen berterusan untuk memodenkan sistem pengangkutan awam, sekali gus melonjakkan sosioekonomi rakyat Sarawak.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit