Padi tanah kering fokus baharu tingkat sekuriti makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Tanaman padi tanah kering kini menjadi antara fokus utama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) dalam usaha memperkukuh sekuriti makanan Sabah.

Menterinya, Datuk Jamawi Jaafar berkata, pendekatan itu dilihat berpotensi besar sebagai alternatif kepada penanaman padi sawah, khususnya di kawasan yang tidak mempunyai sistem pengairan mencukupi.

“MAFFI sedang dalam perancangan memperkenalkan kaedah penanaman padi tanah kering secara meluas termasuk menggunakan pasu dan polybag di kawasan sekitar rumah.

“Kita sedang bercadang memperkenalkan tanaman padi tanah kering yang boleh diusahakan di keliling rumah, termasuk dalam pasu atau polybag.

“Sekiranya kajian varieti yang sesuai selesai, kita akan lancarkan dalam masa terdekat,” katanya kepada media pada Majlis Sambutan Kaamatan 2026 MAFFI di ruang legar Wisma Pertanian Sabah, pada Isnin.

Menurut Jamawi, inisiatif berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha memperkasa Inisiatif Kebun Dapur yang telah mula menunjukkan hasil positif dalam kalangan masyarakat luar bandar.

“Saya melihat dalam tempoh tiga hingga empat bulan ini, apabila kita mempromosikan kebun dapur, sudah ada petani dan penduduk kampung yang mencuba menanam padi tanah kering di sekitar rumah mereka.

“Jabatan Pertanian sebelum ini telah menjalankan kajian terhadap beberapa varieti padi yang sesuai ditanam dengan keperluan air minimum, khususnya di kawasan kategori K3 yang tidak mempunyai sistem pengairan lengkap dan bergantung sepenuhnya kepada air hujan.

“Hasil kajian itu akan dimanfaatkan bagi memperluaskan pelaksanaan tanaman padi tanah kering di seluruh negeri kerana pendekatan tersebut dilihat sebagai antara solusi terbaik untuk meningkatkan pengeluaran padi tempatan,” kongsinya.

Menurut Jamawi, tanaman padi tanah kering amat sesuai dilaksanakan di kawasan kategori K3, kerana dapat membantu mengurangkan kebergantungan Sabah terhadap import beras yang ketika ini masih mencecah sekitar 80 peratus.

“Apabila berlaku krisis global seperti konflik atau kenaikan kos pengangkutan, bekalan makanan boleh terjejas, jadi kita perlu bersiap sedia dari sekarang.

“Saya juga telah mengarahkan semua agensi berkaitan supaya mempergiat usaha mencari pendekatan baharu bagi memastikan bekalan makanan negeri sentiasa mencukupi,” tegasnya.

Menurutnya, selain padi, MAFFI turut memberi tumpuan kepada pengeluaran makanan ternakan seperti jagung bagi mengurangkan kebergantungan kepada import.

Related Posts

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

KUALA KURAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Kuala Kurau menahan sebuah bot kargo yang membawa muatan kayu bakau bersama tiga kru warga Indonesia selepas disyaki melakukan pelbagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tumpaskan sindiket dadah, rampas 55kg methamphetamine bernilai RM2.75 juta

MIRI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah yang aktif di daerah Miri dan merampas 55 kilogram (kg) dadah methamphetamine dianggarkan bernilai RM2.75 juta dalam satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kane masih kecewa England gagal ke final

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Bot kargo ditahan, tiga kru Indonesia disyaki salah guna PLKS

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Inflasi Malaysia sedikit menyederhana kepada 1.9 peratus pada Jun

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR

Penyokong elakkan provokasi, calon diseru hadir awal – SPR