Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

LIMBANG – Pesta Limbang 2026 yang berlangsung selama lima hari memberi impak positif kepada ekonomi setempat apabila nilai jualan peniaga dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, selain menarik kira-kira 30,000 pengunjung.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penganjuran pesta berkenaan bukan sahaja memberi manfaat kepada peniaga dan usahawan tempatan, malah menghidupkan kembali aktiviti sukan air serta memeriahkan sektor pelancongan di Limbang.

Menurutnya, sambutan yang diterima tahun ini turut melibatkan penyertaan dan kehadiran pengunjung dari Brunei Darussalam, Sabah, Labuan, Lawas, Sibu, Kapit, Bintulu serta beberapa kawasan lain.

“Alhamdulillah, saya dimaklumkan jualan para peniaga sepanjang lima hari ini boleh mencecah hampir RM1 juta.

“Kita juga dimaklumkan lebih kurang 30,000 pengunjung telah datang memeriahkan Pesta Limbang. Saya menganggap ini satu kejayaan yang besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penangguhan Pesta Limbang 2026, hari ini.

Hasbi berkata, antara acara yang menjadi tarikan ialah perlumbaan perahu bidar, perahu naga dan bot laju yang mendapat sambutan daripada peminat sukan air tempatan serta peserta dari luar Limbang.

Menurutnya, kemudahan Tebingan Sungai Limbang yang lebih selesa dan menarik turut memberi nilai tambah kepada penganjuran pesta berkenaan.

Beliau berharap Pesta Limbang terus diperkasakan dan disenaraikan sebagai antara acara penting dalam kalendar pelancongan Sarawak bersama beberapa pesta utama lain di negeri ini.

“Apabila ia menjadi salah satu acara pelancongan Sarawak, saya yakin ia akan terus mendapat sokongan dalam usaha membangunkan Limbang sebagai destinasi pelancongan dan sukan air,” katanya.

Dalam pada itu, Hasbi turut mahu mutu sukan air di kawasan utara Sarawak terus dipertingkatkan sehingga mampu mencapai tahap lebih tinggi.

Katanya, penyertaan peserta dari Brunei Darussalam menunjukkan pertandingan sedia ada sudah mempunyai elemen antarabangsa, namun potensi tersebut boleh dikembangkan dengan lebih luas.

Jelasnya, antara cadangan yang pernah diketengahkan ialah menjadikan Teluk Brunei sebagai venue bagi penganjuran acara sukan air serantau atau antarabangsa yang melibatkan Sarawak, Sabah, Labuan dan Brunei Darussalam.

“Kalau satu hari nanti kita dapat melaksanakan sukan teluk atau Brunei Bay Sport Challenge, kita boleh mengadakan pelbagai acara seperti triathlon, berbasikal, kayak dan bot laju.

“Ini adalah cara kita melihat lebih jauh ke hadapan supaya kawasan utara Sarawak dapat dikenali di peringkat antarabangsa menerusi sukan air,” katanya.

Menurut Hasbi, cadangan berkenaan pernah dibangkitkan dalam perbincangan dua hala Malaysia-Brunei sebelum ini dan mempunyai potensi untuk dikembangkan dengan penglibatan pelbagai pihak.

Beliau berharap momentum Pesta Limbang dapat diteruskan sebagai platform mencungkil bakat sukan air, merancakkan ekonomi tempatan dan mempromosikan Limbang kepada pengunjung dari dalam serta luar negara.

Hasbi turut merakamkan penghargaan kepada semua peserta, pengunjung, peniaga, agensi serta masyarakat setempat yang bersama-sama menjayakan Pesta Limbang 2026.

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM