Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

KEPALA BATAS – “Kalau nak ikut, kami (pesawah) tanam padi ini pun sebab nak teruskan warisan yang diusahakan oleh mak ayah kami sahaja. Kalau bukan sebab itu, baik kami jual sahaja tanah ini (bendang) buat tanah lot.”

Itu antara keluhan pesawah di negeri ini berikutan kenaikan pelbagai kos termasuk harga benih, kerja-kerja membajak, menuai, pengangkutan dan sebagainya sehingga ada dalam kalangan mereka yang semakin ‘tawar hati’ untuk meneruskan aktiviti menanam padi ketika ini.

Wakil pesawah dari Pulau Pinang, Mohd. Fadli Bakar, 50, berkata, subsidi berkaitan memang ada disalurkan oleh kerajaan, namun, tidak semua bantuan itu sampai kepada pesawah seperti yang sepatutnya.

“Kami berkumpul hari ini cuma nak tuntut hak kami sahaja. Bukan kata sebab kami cemburu dengan rakan-rakan kami seperti nelayan, pekebun getah dan sebagainya. Jika ‘depa’ (mereka) dapat bantuan lebih atau apa sahaja, itu hak mereka. Kami cuma mau hak kami.

“Contoh macam harga beras tempatan. Saya ingat sudah berbelas tahun tak pernah dikaji. Jadi, bila harga beras tempatan tak naik, pengilang tak dapat nak beli padi kami dengan harga yang tinggi.

“Apabila beras import banyak di pasaran pula, harga akan menjadi murah. Jadi, lebih baik pengilang beli beras ini (import), pek semula dan jual dengan harga tinggi. Kami harap perkara ini juga akan dipantau,” katanya.

Mohd. Fadli ditemui pemberita ketika menyertai himpunan secara aman untuk menuntut hak pesawah anjuran Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) bersama hampir 50 pesawah lain dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang di Penaga di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi PeSAWAH, Abdul Rashid Yob berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan nasib golongan berkenaan termasuk membawa tuntutan mereka untuk diberi perhatian dalam Belanjawan 2027 nanti.

“Kami mahu kerajaan mempertimbangkan untuk menyenaraikan sektor tanaman padi di bawah SKDS (Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi) kerana kenaikan harga diesel ketika ini telah menyebabkan kos operasi meningkat dengan ketara.

“Sebenarnya, sejak 2024 lagi kami telah membuat permohonan ini berikutan kenaikan harga diesel serta krisis tenaga global sehingga menyebabkan kos pengeluaran (padi) meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM6,000 sehektar di sesetengah kawasan,” katanya.

Related Posts

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

LIMBANG – Teluk Brunei berpotensi dibangunkan sebagai lokasi penganjuran sukan air bertaraf antarabangsa sekali gus meletakkan kawasan utara Sarawak sebagai antara destinasi sukan air terkenal dunia. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

LIMBANG – Pesta Limbang 2026 yang berlangsung selama lima hari memberi impak positif kepada ekonomi setempat apabila nilai jualan peniaga dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, selain menarik kira-kira 30,000 pengunjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Hasbi mahu Teluk Brunei jadi venue sukan air antarabangsa

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesawah mengeluh, mula ‘tawar hati’ untuk tanam padi

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

Pesta Limbang 2026 catat jualan hampir RM1 juta, tarik 30,000 pengunjung

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM