Kes edar pil kuda: Usahawan wanita tidak bebas, hanya diikat jamin

KOTA BHARU – Pemilik salun dan kedai makan, Nur Ayu Fatihah Zaudi, 35, tidak dibebaskan daripada pertuduhan mengedar dadah, sebaliknya hanya dilepaskan dengan jaminan mahkamah pada minggu lalu.

Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata, kes wanita itu masih dalam proses perbicaraan dan belum selesai.

Beliau berkata, pertuduhan terhadap Nur Ayu Fatihah telah dipinda daripada Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kepada Seksyen 39A(1) akta sama.

Katanya, pindaan tersebut dibuat berdasarkan laporan kimia serta berat dadah yang dirampas bersama wanita itu.

Mohd Yusoff berkata, dakwaan yang menyatakan wanita itu telah bebas adalah tidak benar kerana kes masih berjalan di mahkamah.

Nur Ayu Fatihah dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 minggu lalu, namun ikat jamin itu tidak menentukan bahawa dia bebas sepenuhnya daripada pertuduhan.

Beliau berkata, selain wanita itu, seorang lagi individu turut didakwa mengikut Seksyen 39A(1), manakala dua lagi suspek termasuk suami wanita berkenaan kekal didakwa di bawah Seksyen 39B.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak keliru dengan video yang tular di media sosial berkaitan kes tersebut.

“Wanita itu tidak dilepaskan daripada pertuduhan, sebaliknya hanya dibenarkan ikat jamin selepas seksyen pertuduhan diturunkan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan lima suspek termasuk pasangan suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret Pasir Mas pada 10 Julai lalu.

Mereka berdepan tiga pertuduhan mengedar lebih 20 kilogram pil kuda di tiga lokasi berasingan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret.

Kes berkenaan kini masih dalam perbicaraan.

Foto: NSTP

Related Posts

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

KUANTAN – Sebanyak 2,485 barang kes membabitkan pelbagai jenis dadah dengan nilai anggaran RM433,552.78 akan dilupuskan esok selepas selesai proses perundangan. Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

TEMERLOH – Dua pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal dinaiki mereka dipercayai terlanggar bahagian belakang sebuah kereta sebelum tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Polis Pahang lupus dadah bernilai hampir setengah juta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

Dua calon SPM maut, motosikal terlanggar belakang kereta

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

13 tuntutan MA63 selesai, Kerajaan MADANI komited muktamad perkara tertangguh

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Nilai ringgit dibuka stabil pada awal dagangan

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Program SMARTCOM 2.0 bawa pendedahan teknologi ke pedalaman Bekenu

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko

Laluan lama Bentong-Kuala Lumpur perlu dibuat penilaian risiko