Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Miri – Keselesaan penduduk Kampung Haji Wahed kini terjamin apabila projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 juta di kawasan tersebut siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Miri, Chiew Choon Man berkata, pelaksanaan projek itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan masyarakat luar bandar tidak terpinggir daripada arus pembangunan.

Menurutnya, inisiatif berkenaan berjaya direalisasikan menerusi Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dengan kerjasama pelbagai agensi.

“Antara projek yang telah siap dilaksanakan ialah kerja menaik taraf jalan dan pembinaan benteng gabion bernilai RM176,000, serta membaik pulih dewan serbaguna dan surau kampung dengan kos RM200,000.

“Selain itu, kita turut membina papan tanda dan mercu tanda kampung bagi tujuan pengindahan persekitaran serta mempromosikan pelancongan komuniti setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyerahan projek berkenaan kepada penduduk kampung pada pagi Sabtu.

Mengulas lanjut, Choon Man memberitahu, Kampung Haji Wahed yang kedudukannya strategik di Canada Hill mempunyai potensi besar untuk diangkat sebagai destinasi pelancongan komuniti.

Jelas beliau, ia bertepatan dengan tarikan berasaskan sejarah, keunikan budaya, serta landskap semula jadi yang dimiliki kawasan tersebut.

“Justeru, saya berharap segala kemudahan yang telah disiapkan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dipelihara bersama demi kesejahteraan serta kelangsungan pembangunan penduduk kampung,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew; barisan ketua kaum, wakil-wakil agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Related Posts

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

SANDAKAN – Cadangan menaik taraf terminal Lapangan Terbang Sandakan dilihat tepat pada masanya bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan menjelang kempen Visit Sabah Year 2027. Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN), Teo…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Lebih 3,000 serbu Program MADANI Kita di Gopeng

Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

  • By Fandi
  • September 13, 2026
Naik taraf Lapangan Terbang Sandakan tepat pada masanya

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Fiesta Rakan Muda Pahang rekod 10,000 pengunjung

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

Parti kucing, parti janda dan ego tiga penjuru menjelma di Kedah

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

PMX kekal fokus bekerja, rakyat semakin matang menilai politik — Dr Sahul Hamid

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS

Anwar bincang konflik Gaza, ketegangan di Asia Barat dengan pemimpin BRICS