Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

MIRI – Semangat perpaduan dan kelestarian budaya terus menjadi keutamaan dalam memacu Sarawak ke arah negeri maju apabila Sambutan Gawai Miri Ke-20 Tahun 2026 berlangsung meriah di Meritz Hotel pada Sabtu malam.

Majlis penuh bermakna itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn yang hadir bersama isteri, Datin Seri Kelly Rebid.

Penganjuran edisi kali ini dikelolakan oleh Jawatankuasa Sambutan Gawai Dayak Bahagian Miri dengan kerjasama Pejabat Residen dan Daerah serta 13 persatuan Dayak dan Orang Ulu.

Ia mengangkat tema ‘Indi Awang, Indi Aseng, Ngancang Pimaancang’ yang membawa maksud ‘Satu Fikiran, Satu Hati, Menuju Pembangunan’.

Dalam ucapan perasmiannya, Roland Sagah menekankan betapa pentingnya keharmonian kaum, pendidikan, inovasi dan pembangunan bakat seiring dengan aspirasi kerajaan negeri.

“Semua elemen ini penting dalam usaha kita memacu Sarawak ke arah negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030 menerusi Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Tegas beliau, kerajaan Sarawak juga sentiasa komited dalam memperkukuhkan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), ekonomi digital serta teknologi hijau.

Jelasnya, tumpuan terhadap pembangunan modal insan itu amat kritikal bagi mempersiapkan generasi muda untuk merebut peluang pekerjaan pada masa hadapan.

Antara tetamu kehormat yang turut hadir memeriahkan majlis ialah Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Dr Ripin Lamat; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau; dan Datuk Bandar Miri merangkap ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang.

Turut serta, Presiden Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA), Ik Pahon Joyik berserta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Related Posts

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Miri – Keselesaan penduduk Kampung Haji Wahed kini terjamin apabila projek pembangunan di bawah Program Kampung Angkat MADANI yang melibatkan peruntukan keseluruhan RM1 juta di kawasan tersebut siap sepenuhnya. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu jalan rizab BSI-Ranggu: Penduduk mahu laluan dibuka untuk kecemasan, urusan harian

TAWAU – Penduduk di sekitar kawasan Ranggu, di sini, mendesak agar jalan rizab (road reserve) yang ditutup menghubungkan Bandar Sri Indah (BSI)-Ranggu (PR1MA) dibuka semula bagi memastikan kelancaran akses kecemasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

Kalau rasa nak ubah PM, tunggu pilihan raya – Mohamad Sabu

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

United tewaskan Forest, Carrick hampir pasti kekal sebagai pengurus pasukan

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Kampung Angkat MADANI RM1 juta Kampung Haji Wahed siap sepenuhnya

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Sambutan Gawai ke-20 meriah, semangat perpaduan terus diperkukuh

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

Anwar mahu rundingan PH-BN elak pertembungan di Johor

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI

JS-SEZ bukti keberkesanan dasar ekonomi MADANI