Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

IPOH — Kecemerlangan seorang guru dari Sabah, Dr Velerie Wheelervon Primus, yang menerima Anugerah Khas Menteri Pendidikan sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 pada Jumaat, disifatkan sebagai cerminan sebenar pendidikan yang memanusiakan manusia.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kecemerlangan seorang guru bukan hanya diukur melalui pencapaian akademik murid semata-mata, sebaliknya keupayaan membentuk insan beradab, berakhlak, berdaya tahan serta mampu menyumbang kepada masyarakat.

Menurutnya, pendekatan dibawa Dr Velerie dalam memperjuangkan pendidikan inklusif dan kesejahteraan emosi murid menjadi contoh terbaik kepada warga pendidik di negara ini.

“Kecemerlangan Dr Velerie misalnya memperlihatkan makna sebenar pendidikan yang memanusiakan manusia.

“Beliau gigih memperjuangkan pendidikan inklusif, kesejahteraan emosi murid serta pembangunan komuniti luar bandar melalui pendekatan berasaskan kasih sayang, regulasi emosi dan inovasi pendidikan.

“Semua dilakukan demi pendidikan yang lebih inklusif untuk anak-anak Malaysia,” katanya menerusi hantaran di platform Facebook miliknya pada Jumaat.

Terdahulu, Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55 yang bertemakan ‘Guru Bitara Nadi Negara’ menekankan peranan guru sebagai model utama dalam membentuk modal insan berkualiti yang bakal menjadi tunjang ekonomi dan kestabilan sosial negara.

Pada majlis itu, selain Dr Velerie, seramai 95 lagi guru dari seluruh negara menerima pengiktirafan dalam 31 kategori anugerah yang membawa hadiah wang tunai dalam bentuk Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional (BSN), sijil penghargaan dan cenderamata.

Fadhlina berkata, pengiktirafan tersebut hanyalah mewakili sebahagian kecil daripada ratusan ribu guru di seluruh negara yang terus komited mendidik generasi masa depan.

“Kita hanya meraikan sebilangan kecil guru sahaja. Ada ratusan ribu lagi di seluruh negara yang sentiasa gigih berusaha memanusiakan manusia.

“Setiap guru adalah wira barisan hadapan pendidikan negara. Setiap usaha mereka membawa makna besar kepada masyarakat dan negara,” ujarnya.

Sementara itu, dalam sidang media selepas majlis berkenaan, beliau memaklumkan sebanyak 80 peratus permohonan pertukaran guru yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membabitkan pasangan jarak jauh (PJJ) sebagai usaha menjaga kebajikan golongan pendidik.

Menurutnya, KPM memahami cabaran dihadapi guru yang terpaksa berjauhan dengan pasangan dan keluarga, justeru permohonan berkaitan PJJ diberikan keutamaan.

Tambah beliau, baki permohonan pula melibatkan faktor kesihatan serta isu keselamatan.

“Antara langkah yang telah diambil KPM termasuk mengurangkan tempoh permohonan pertukaran bagi membolehkan guru memohon selepas dua tahun berkhidmat.

“KPM juga berjaya menyelesaikan kira-kira 50 kekosongan jawatan guru besar dan pengetua di sekolah seluruh negara.

“Pelantikan itu penting bagi memastikan pengurusan sekolah termasuk aspek keselamatan dan pentadbiran harian dapat berjalan lancar,” katanya.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jualan Rahmah MADANI rekod transaksi lebih RM350 juta

KUANTAN – Program Jualan Rahmah MADANI di seluruh negara dilaksanakan sebanyak 22,834 kali sehingga hujung Ogos lalu, dengan nilai jualan melebihi RM350 juta. Ia sekali gus memberi manfaat kepada rakyat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Menang pilihan raya bukan lesen guling Raja – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Laporan awal pengurusan dan tatakelola FELDA didedah minggu depan – Anwar

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Hak mohon pengampunan milik setiap banduan, keputusan bukan di tangan kerajaan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Anwar mahu dengar penjelasan Anthony sebelum putuskan peletakan jawatan

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik

Perpaduan Melayu-Islam: Antara tuntutan agama dan kepentingan parti politik