Sekarang masa untuk jaga rakyat, rebut kuasa pilihan raya adalah gelanggangnya

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael

SEREMBAN – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghantar mesej tegas kepada semua pihak agar menghentikan segera percaturan politik demi kuasa, sebaliknya menumpukan kudrat sepenuhnya kepada kebajikan rakyat di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Beliau menegaskan bahawa mandat dan penentuan kuasa mempunyai ruangnya yang tersendiri, iaitu melalui proses demokrasi apabila tiba masanya kelak.

“Negara kita menghadapi masalah, fokusnya ke masalah rakyat, bukan perebutan. Bukan masanya, ada masa dalam sistem kita… pilihan raya, itu gelanggangnya. Tapi sekarang masa kita bangun, rakyat harus diberi perhatian.

“Selesaikan cara musyawarah, muafakat yang baik. Negeri Sembilan juga tidak terlepas. Jadi saya tabik Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun kerana kecekalan dan semangat yang beliau tunjukkan dalam mengharungi kemelut politik yang tidak berkesudahan,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Bandar Sri Sendayan, pada Jumaat.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada Majlis Belia Malaysia (MBM), iaitu pertambahan sebanyak RM1 juta berbanding sebelum ini.

Selain itu, Perdana Menteri turut menyatakan bahawa kerajaan menyediakan peruntukan pembangunan Syiar Islam yang akan memberi manfaat kepada 7,091 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam masjid kariah, guru takmir serta petugas masjid dengan keseluruhan implikasi kewangan berjumlah RM42.3 juta.

Peruntukan sebanyak RM5.4 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan pengukuhan institusi juga disalurkan merangkumi institusi pendidikan Islam seperti pondok, maahad tahfiz, sekolah agama serta premis KAFA yang beroperasi di luar seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Kerajaan juga meluluskan tiga projek pembaikan berjumlah RM800,000 bagi institusi pondok dan tahfiz di Negeri Sembilan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ia merangkumi kerja pembaikan infrastruktur asas di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Falah Kuala Sawah Rantau, Madrasah Az-Zaakiriin dan Pondok Pesantren Darul Tauhid.

Hadir sama pada sambutan Hari Belia Negara itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi

Dalam pada itu, Anwar turut mengeluarkan arahan keras kepada semua agensi pembangunan usahawan dan institusi kewangan kerajaan supaya menghentikan budaya “menunggu pelanggan” di pejabat.

Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Kewangan mahu agensi terlibat lebih proaktif dengan turun ke lapangan bagi mengenal pasti sendiri denyut nadi peniaga kecil, khususnya golongan belia.

“Mesej saya jelas kepada semua agensi dan institusi kewangan kerajaan, cari jalan turun kepada rakyat. Jangan tunggu mereka datang ke pejabat memohon bantuan.

“Kalau ada gerai-gerai kecil di Kuala Lumpur, Seremban atau di mana-mana kawasan, turun jumpa mereka, tanya apa masalah mereka… Pihak kerajaan mesti hadir membantu rakyat,” katanya.

Related Posts

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

PUTRAJAYA – Malaysia bersedia menggerakkan aset bagi membantu Indonesia menangani kebakaran hutan yang menyebabkan jerebu rentas sempadan, namun masih menunggu pengesahan serta kebenaran daripada negara berkenaan. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyediakan segala bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada keluarga kesemua mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) berhampiran Long Lellang, Sarawak, petang semalam. Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

  • By Fatin
  • September 9, 2026
RM5 juta tingkat kesukarelawan belia, kebajikan warga emas

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Malaysia sedia gerak aset bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tunggu kebenaran

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

Anwar imbas kenangan Kapten Zainol Afiq terbangkannya ketika PRU15

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

61 emas disasar, RM3,500 diberi: Atlet Terengganu layak dihargai lebih baik

Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

  • By Fandi
  • September 9, 2026
Kemalangan dua kenderaan di Telupid ragut empat nyawa

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM

FIFA, AFC pantau pemilihan FAM