Jangan politikkan, UEC diiktiraf dengan syarat wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah

Oleh: S.Abdullah dan Don Mikael

SEREMBAN – Beberapa perincian berhubung pelaksanaan kemasukan lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) masih diperhalusi kerajaan.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengiktirafan kerajaan terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu(UEC) tidak sepatutnya dipolitikkan dan dijadikan isu oleh mana-mana pihak.

Menurut beliau, Mesyuarat Jemaah Menteri sudah bersetuju memberi laluan kepada lepasan UEC mengikuti program tertentu di IPTA dengan syarat lulus Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Dunia sekarang, semuanya nak kaitkan dengan politik. Kenyataan telah dikeluarkan semalam (Khamis) bahawa Kabinet bersetuju dengan syarat pemegang UEC perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Jadi kita beri ruang walaupun mungkin dengan beberapa kursus dulu. Saya tidak terima semua, cuma ada beberapa perincian yang sedang dibincangkan,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Bandar Sri Sendayan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar memaklumkan, keputusan itu dicapai selepas sekolah-sekolah aliran Cina menerima syarat yang ditetapkan kerajaan.

“Kerana dulu hal ini tidak dipersetujui. Sekarang bila sekolah-sekolah beraliran Cina terima, jadi kita pun terima baik,” katanya.

Anwar berkata, syarat sama turut dikenakan terhadap lepasan sekolah aliran Arab, sekolah menengah tahfiz dan sekolah antarabangsa yang melibatkan pelajar Malaysia.

Katanya, semua calon perlu lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah di peringkat SPM sebelum dipertimbangkan memasuki IPTA.

Terdahulu, media melaporkan calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.

Related Posts

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

MIRI – Kesemua lima individu yang menaiki helikopter berdaftar 9M-LLF ditemukan maut di dalam bangkai pesawat yang terhempas dan terbakar di hujung landasan Lapangan Terbang Long Lellang pada petang Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH
  • AdenAden
  • September 9, 2026

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lima individu semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Tabung Haji (TH) termasuk bekas pengerusinya. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Rusdi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

Lima mangsa nahas helikopter ditemukan dalam bangkai pesawat

PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

  • By Aden
  • September 9, 2026
PDRM tahan lima individu termasuk bekas pengerusi TH

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Tidak benar Ismail letak jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Di Malaysia PM tolak gaji, di Singapura nilai gaji PM melonjak 64 peratus

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Merdeka bukan lesen memutar sejarah, Islam terpelihara rekod politik wajar dinilai

Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan

  • By Ezmie
  • September 9, 2026
Persiapan Sambutan Hari Malaysia Ke-63 di Sabah giat diselaraskan