Projek bekalan air terawat, naik taraf jalan raya Tellian perlu disegerakan

KUCHING – Kerajaan digesa mempercepatkan pelaksanaan projek bekalan air terawat dan naik taraf rangkaian jalan raya di kawasan luar bandar Tellian bagi memastikan rakyat menikmati kemudahan asas yang sempurna.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, beberapa projek bekalan air di Bukit Inkerbai, Lubok Bemban, Ulu Baoh dan Ulu Sebakong yang telah diluluskan sejak 2019, dikesan masih belum menampakkan sebarang tanda pelaksanaan sehingga kini.

Menurutnya, pengumuman penyerahan kuasa pelaksanaan projek air luar bandar daripada Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Sarawak baru-baru ini seharusnya menjadi pemangkin untuk memulakan kerja-kerja di lapangan dengan kadar segera.

“Air adalah sumber kehidupan, maka keperluan asas ini tidak boleh lagi tertangguh terlalu lama.

“Saya amat berharap projek-projek ini dapat diteruskan dengan lancar demi kesejahteraan penduduk,” katanya ketika sesi perbahasan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Khamis.

Selain isu air, Royston turut mencadangkan inisiatif kerjasama strategik antara kerajaan dan pemilik ladang untuk menaik taraf jalan ladang sedia ada di beberapa kawasan seperti Ulu Dijih dan Nanga Baoh untuk dijadikan jalan perhubungan awam.

Jelas beliau, langkah mengambil alih sebahagian jalan ladang untuk diwartakan sebagai jalan awam adalah pendekatan paling praktikal bagi mempercepatkan akses ke pedalaman tanpa melibatkan kos pembinaan jalan baharu yang terlalu besar.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyuarakan kegusaran mengenai isu ‘api dalam sekam’ melibatkan penyalahgunaan dadah dan aktiviti judi dalam talian yang disifatkan semakin membimbangkan di Mukah.

Ujarnya, aktiviti pengedaran dadah kini didakwa melibatkan warga asing yang berani beroperasi secara terang-terangan di sekitar pasar, manakala premis judi dalam talian pula dikesan tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

“Saya menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas bukan sahaja kepada pengedar dan penagih, tetapi juga pemilik premis yang menyewakan kedai.

“Jangan tunggu sudah terhantuk baru hendak tengadah. Kita perlu membenteng masyarakat dan generasi muda daripada gejala yang merosakkan ini,” tegasnya.

Related Posts

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

MIRI – Sekeping kad rawatan klinik lama kini bertukar menjadi memori bermakna buat seorang bekas pesakit dalam mengenang khidmat bakti mendiang Alexson Adit, yang merupakan salah seorang mangsa terkorban dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan selepas Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan disyaki menyeleweng minyak diesel bersubsidi membabitkan nilai keseluruhan rampasan lebih RM2 juta di sebuah jeti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

Kad klinik lama imbau kenangan bekas pesakit terhadap mendiang Alexson Adit

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

HTF30 kemuka laporan interim hala tuju baharu FELDA kepada PM hujung bulan

Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

  • By Fandi
  • September 11, 2026
Aset RM2.08 juta dirampas, dua lelaki ditahan disyaki seleweng diesel

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan