Dua wanita direman, mangsa dipukul dan dipaksa berbogel dalam kes samun

BATU PAHAT – Dua wanita termasuk seorang suri rumah direman selama enam hari bermula hari ini selepas dipercayai terbabit dalam kes pengurungan dan samun terhadap seorang wanita.

Mangsa turut dipukul dan dicucuh menggunakan pemetik api serta dipaksa berbogel dalam kejadian menggemparkan di Taman Banang Heights, semalam.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 29 dan 46 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman bagi membantu siasatan polis sehingga Selasa depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan, Seksyen 342 kerana pengurungan salah, Seksyen 324 kerana mendatangkan kecederaan serta Seksyen 509 kerana mengaibkan kehormatan seseorang.

Menurut sumber, mangsa berusia 32 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai menerima panggilan daripada salah seorang suspek yang memintanya datang ke sebuah rumah sekitar jam 7 pagi.

Namun sebaik tiba di lokasi, mangsa mendapati terdapat tiga lelaki tidak dikenali berada di dalam rumah berkenaan sebelum dia dihalang daripada keluar.

“Keadaan kemudian bertukar ganas apabila seorang suspek lelaki bertindak memukul mangsa selain mencucuh api pada bahagian pergelangan kaki menggunakan pemetik api.

“Mangsa turut dipaksa menanggalkan pakaian sebelum gambarnya dirakam dalam keadaan bogel oleh salah seorang suspek,” katanya.

Difahamkan, mangsa turut diugut menggunakan pisau sekiranya enggan menyerahkan kad bank miliknya.

Akibat ketakutan, mangsa menyerahkan kad terbabit sebelum suspek mengeluarkan wang sebanyak RM4,200 dan melarikan telefon bimbit miliknya.

Susulan laporan polis dibuat, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Khas/Jenayah Berat (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat berjaya menahan kedua-dua wanita terbabit pada hari sama kejadian.

Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati sekumpulan suspek yang mengesyaki mangsa menipu mereka dalam urusan pembelian dadah.

Mangsa kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail selepas mengalami kecederaan pada muka dan pergelangan kaki.

Polis kini sedang giat mengesan tiga lagi suspek lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai menjadi dalang utama dalam kejadian berkenaan.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil