Ketua pembangkang P.Pinang dikejar ke hospital, tekanan darah tinggi

GEORGE TOWN – Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas mengalami tekanan darah tinggi secara tiba-tiba di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal Bukhori Ghazali berkata, Muhammad Fauzi yang juga ADUN Sungai Dua, dilaporkan mengalami sedikit ketidakselesaan sewaktu rehat makan tengah hari tadi.

“Ketika beliau sedang berehat, beliau berasa tidak selesa lalu pergi berjumpa pegawai perubatan bertugas untuk pemeriksaan.

“Tekanan darah beliau lebih tinggi daripada paras normal, jadi dihantar ke HPP untuk pemeriksaan lanjut dan pemantauan,” katanya kepada pemberita di bangunan DUN hari ini.

Bukhori berkata, Muhammad Fauzi tidak pengsan atau mengalami simptom serius, namun mengikut prosedur operasi standard (SOP) beliau perlu dihantar ke hospital demi keselamatan.

“Beliau memberitahu saya tidak mahu dimasukkan ke wad kerana ingin kembali mendengar ucapan penggulungan Ketua Menteri (Chow Kon Yeow),” katanya.

Muhammad Fauzi dalam keadaan baik ketika sesi pagi persidangan DUN berlangsung.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat