AKPS: KPPIS sambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sabah

KOTA KINABALU – Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Sabah (KPPIS) menyambut baik keputusan tegas Kerajaan Negeri Sabah menangguhkan pelaksanaan dasar dan operasi Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) di bawah Akta 860 di pintu-pintu masuk negeri ini.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Pegawai Imigresen Sabah (KPPIS), Azizah S. Ahmad berkata, KPPIS yang mewakili seluruh warga Pegawai Imigresen di Sabah merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor serta Jabatan Ketua Menteri Sabah atas keprihatinan dan tindakan pantas pihak eksekutif dalam mempertahankan hak-hak istimewa dan kuasa autonomi imigresen Sabah seperti yang termaktub dalam Malaysia Agreement 1963 (MA63).

“Ucapan terima kasih turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan daripada Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) dan semua Pegawai Imigresen Negeri Sabah yang terus memberikan sokongan moral yang padu terhadap perjuangan ini.

“Kesepaduan yang ditunjukkan membuktikan bahawa kebajikan dan persekitaran perundangan yang selamat untuk penjawat awam merupakan keutamaan yang tidak boleh dikompromi.

“KPPIS turut merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan media yang bersama-sama menaikkan isu ini sehingga mencapai satu keputusan dasar yang tepat untuk Negeri Sabah,” ujarnya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Tambahnya, KPPIS turut menghargai sokongan Sabah Law Society (SLS) pada 13 Mei 2026 atas kepekaan badan peguam itu terhadap percanggahan dan krisis perundangan atau ultra vires yang membelenggu pelaksanaan Akta 860.

“KPPIS juga memohon dan mengharapkan bantuan berterusan daripada pihak SLS dalam aspek nasihat dan penelitian perundangan bagi memastikan setiap langkah dan perjuangan kesatuan ini sentiasa kekal berada dalam parameter perundangan yang sah, dihormati dan bertepatan dengan Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang Sabah.

“Perjuangan ini tidak akan terhenti setakat isu penangguhan ini sahaja, sebaliknya KPPIS akan meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama strategik bersama KPISM di peringkat nasional,” katanya.

Menurut Azizah, melalui gabungan suara dari Sabah dan Semenanjung Malaysia, kedua-dua kesatuan itu akan bertindak sebagai entiti semak dan imbang yang proaktif terhadap tatakelola dan dasar pelaksanaan AKPS di seluruh negara.

“Fokus utama kami adalah untuk memastikan apa jua peralihan atau pemusatan kuasa penguatkuasaan sempadan pada masa hadapan tidak sesekali mengaburkan, menghakis atau meminggirkan kepakaran serta bidang kuasa khusus keimigresenan.

“Pada masa sama, kami mahu memastikan anggota penguat kuasa dilindungi oleh sistem rantaian arahan perundangan yang teratur tanpa sebarang konflik bidang kuasa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Azizah turut menegaskan pihaknya sentiasa mendokong inisiatif pemantapan keselamatan sempadan negara oleh Kerajaan Persekutuan, namun katanya, ia perlu dilaksanakan tanpa mengorbankan kedaulatan perundangan wilayah, kuasa autonomi negeri dan perlindungan perundangan terhadap pegawai yang bertugas di barisan hadapan.

Related Posts

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

KUCHING – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Sarawak menyambut baik keputusan membatalkan arahan kawalan jualan diesel ke atas kenderaan pengangkutan darat di negeri ini.   Pengerusinya yang juga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

MIRI – Potensi Miri sebagai destinasi edupelancongan bakal diperkukuh menerusi kerjasama strategik bersama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) membabitkan pembangunan pakej pendidikan antara Miri, Bintulu dan Brunei. Timbalan Menteri Pelancongan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan