JPN Sabah nafi dakwaan tular guru pikul beras ke asrama

Ezmie

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya seorang guru terpaksa memikul beras untuk dihantar ke asrama di Sekolah Kebangsaan (SK) Pinawantai, Ranau.

Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, pihaknya amat berdukacita dengan penyebaran maklumat tidak benar yang mengaitkan sekolah berkenaan dengan kisah seorang guru dikenali sebagai “Cikgu Farhan”.

“Terdapat dua sekolah di Sabah yang menggunakan nama SK Pinawantai iaitu di Ranau dan Kudat, namun kedua-dua sekolah itu tidak mempunyai kemudahan asrama.

“Dua sekolah berkenaan juga terletak berhampiran jalan raya dan semua guru menggunakan kenderaan peribadi untuk ke sekolah.

“Sehubungan itu, tidak timbul isu guru memikul beras untuk dihantar ke asrama sekolah seperti yang diviralkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurut Raisin, Guru Besar SK Pinawantai, Ranau, Roseline Liji turut membuat penafian rasmi berhubung dakwaan berkenaan dan mengesahkan tiada guru bernama Farhan bertugas di sekolah itu di laman sosialnya.

Sebelum ini, tular di media sosial kisah seorang guru dikenali sebagai “Cikgu Farhan” yang didakwa memikul beras demi keperluan murid asrama di SK Pinawantai, Ranau sehingga meraih perhatian dan simpati ramai.

Kisah berkenaan mendapat perhatian meluas dalam kalangan warga maya kerana menggambarkan pengorbanan guru di kawasan pedalaman.

Bagaimanapun, JPN Sabah menegaskan maklumat yang dikaitkan dengan sekolah terbabit adalah tidak tepat dan meminta orang ramai lebih berhati-hati sebelum menyebarkan sesuatu dakwaan.

Dalam pada itu, Raisin menyeru warga maya supaya lebih bertanggungjawab dalam membawa isu berkaitan pendidikan agar tidak menimbulkan kekeliruan serta menjejaskan imej institusi pendidikan.

Tambahnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan JPN Sabah sentiasa komited dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di Sabah.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara