Projek Agro Makanan SEJATI MADANI berpotensi jadi pemacu ekonomi setempat

SEKIJANG – Usaha memperkukuh ekonomi rakyat melalui sektor agro makanan terus diperkasa apabila Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mengadakan lawatan ke Projek Agro Makanan SEJATI MADANI di Felda Medoi.

Projek yang melibatkan penternakan lembu fidlot dan ikan baung itu bukan sahaja mampu meningkatkan pengeluaran makanan tempatan, malah berupaya membuka peluang pekerjaan serta memperkukuh rantaian nilai agro makanan di kawasan berkenaan.

Dalam lawatan tersebut, Dr Zaliha meninjau operasi ternakan lembu fidlot yang diusahakan oleh anak muda tempatan dan menyifatkan inisiatif itu sebagai satu usaha yang wajar diberi perhatian serta sokongan berterusan.

Beliau berkata, projek seumpama itu mempunyai potensi besar untuk membantu meningkatkan bekalan daging tempatan selain memberi impak positif kepada ekonomi komuniti setempat.

“Usaha seperti ini perlu diperkasa melalui sokongan latihan, pemasaran dan pemantauan amalan penternakan yang baik supaya hasilnya benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyempurnakan pelepasan 200 ekor benih ikan baung sebagai simbolik permulaan projek penternakan ikan air tawar di kawasan tersebut.

Menurut beliau, ikan baung mempunyai nilai pasaran yang baik dan berpotensi dikembangkan secara komersial sekiranya diusahakan secara sistematik dan tersusun.

“Jika diusahakan dengan baik, projek ini mampu menjadikan Sekijang sebagai pusat komersial agro makanan yang aktif pada masa akan datang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Dr Zaliha turut menzahirkan penghargaan kepada pengusaha muda tempatan, Saudara Shahrizal atau lebih dikenali sebagai “Cupin”, atas kesungguhan beliau mengusahakan projek ternakan lembu dan ikan baung tersebut.

Beliau menyifatkan kejayaan anak muda seperti Shahrizal sebagai contoh terbaik kepada generasi muda lain bahawa bidang agro mampu menjadi sumber ekonomi yang berjaya serta memberi manfaat besar kepada masyarakat setempat.

“Syabas kepada anak muda yang berani menceburi bidang agro. Semoga usaha ini terus maju dan menjadi inspirasi kepada generasi muda lain untuk turut sama membangunkan sektor pertanian dan agro makanan negara,” katanya.

Related Posts

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

KUALA LUMPUR – Sebanyak 12 daripada keseluruhan 16 perkara berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang dimuktamadkan setakat ini diselesaikan di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

KUNAK – Jalan raya sepanjang kira-kira 300 meter menghubungkan Kampung Jaya Baru dengan Pasar Tamu Mingguan Kunak akhirnya selesai diturap semula bagi memberi keselesaan sekali gus meningkatkan keselamatan pengguna jalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara