Jawatankuasa Pilihan Khas Ombudsman simbol kematangan kerajaan Sarawak

KUCHING – Pelaksanaan Jawatankuasa Pilihan Khas Ombudsman di Sarawak bukan sekadar mekanisme untuk menerima aduan rakyat, sebaliknya ia merupakan simbol kematangan sesebuah kerajaan yang berintegriti dan bertanggungjawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, sistem tersebut berfungsi sebagai jambatan antara rakyat dan kerajaan bagi memastikan setiap keputusan pentadbiran dibuat secara adil, telus serta berpaksikan kepentingan rakyat.

Menurutnya, pada masa kini rakyat menilai sesebuah kerajaan bukan sahaja melalui pembangunan fizikal, tetapi juga berdasarkan tahap kecekapan dan kejujuran dalam pentadbiran.

“Kerajaan yang berjaya ialah kerajaan yang mempunyai sistem semak dan imbang yang kukuh serta berani memperbaiki kelemahan secara terbuka demi kesejahteraan rakyat.

“Pemerkasaan institusi Ombudsman ini sangat relevan dan signifikan dalam konteks Sarawak hari ini bagi memastikan rakyat terus yakin terhadap sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan,” katanya ketika sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu.

Mengambil contoh pelaksanaan di negara Malawi, Royston menjelaskan bagaimana institusi berkenaan mampu melaksanakan siasatan sistemik terhadap agensi kerajaan di peringkat tertinggi sehingga menjadi kuasa proaktif dalam reformasi perkhidmatan awam.

Tambah beliau, komitmen Sarawak melalui Strategi Pembangunan Pasca Covid-19 (PCDS) 2030 untuk mencapai status ekonomi berpendapatan tinggi memerlukan asas integriti yang sangat kukuh.

“Lonjakan ekonomi dengan sasaran KDNK RM282 bilion menjelang tahun 2030 bukan hanya memerlukan infrastruktur, tetapi pengawasan yang berkesan,” ujarnya.

Menurutnya, semakin kuat sistem pemantauan dan akauntabiliti sesebuah kerajaan, maka semakin tinggi keyakinan rakyat serta pelabur terhadap kestabilan dan kredibiliti pentadbiran tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut memuji usaha proaktif di bawah kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki yang kini memberi fokus kepada pengukuhan tadbir urus serta digitalisasi perkhidmatan demi memastikan kestabilan jangka masa panjang wilayah ini.

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat