UMS, KUSKOP perkasa agenda keusahawanan mahasiswa

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus memperkasa agenda pembangunan keusahawanan mahasiswa menerusi penganjuran Program Siri Bicara Usahawan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi anjuran Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC) UMS, baru-baru ini.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohamad Alamin, program tersebut merupakan manifestasi kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan institusi pengajian tinggi dalam memperkasa budaya keusahawanan mahasiswa.

“Mahasiswa perlu dibentuk bukan sahaja sebagai pencari pekerjaan tetapi juga pencipta peluang pekerjaan yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

“Kita mahu melahirkan usahawan yang berilmu, berinovasi dan mampu bersaing dalam era globalisasi dan transformasi digital yang berkembang pantas ketika ini.

“KUSKOP melalui pelbagai agensinya turut menyediakan latihan, bimbingan dan pembiayaan kepada mahasiswa menerusi program seperti PROTÉGÉ, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), TEKUN Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” ujarnya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Tambah Alamin, kerajaan juga menyediakan pelbagai platform digital termasuk MyMall dan ‘TEKUN TikTok Studio’ bagi membantu usahawan muda memperkukuh pemasaran produk secara digital.

Sementara itu, Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Hj. Mansor berkata, UMS sentiasa komited dalam memperkasa pembangunan keusahawanan mahasiswa selaras dengan aspirasi universiti sebagai The Brain of Borneo, di samping mendukung usaha memacu pembentukan masyarakat yang inovatif dan berdaya saing.

“Budaya keusahawanan di UMS diterapkan secara menyeluruh kepada pelajar daripada pelbagai bidang pengajian termasuk sains, teknologi, perubatan, perhutanan, pertanian dan sains sosial.

“Antara pendekatan utama yang dilaksanakan ialah menerusi Kursus Asas Pembudayaan Keusahawanan yang merupakan kursus wajib universiti dan perlu diambil oleh pelajar pada tahun kedua pengajian.

“Melalui kursus ini, mahasiswa bukan sahaja mempelajari teori asas perniagaan tetapi turut menjalankan aktiviti perniagaan sebenar secara praktikal dan digital termasuk pemasaran menerusi media sosial serta platform e-dagang,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Datuk Dr. Rossita Shapawi.

Tambah Kasim, UMS berjaya menjadi antara universiti yang mencatat pencapaian tertinggi di Malaysia dalam melahirkan graduan usahawan bagi tahun 2022, 2023 dan 2024, hasil usaha berterusan universiti dalam memperkukuh ekosistem keusahawanan.

“Pada tahun 2022, UMS turut merekodkan kadar graduan bekerja sendiri tertinggi dalam kalangan universiti awam di Malaysia.

“Pada tahun 2025 pula, lebih 3,500 pelajar UMS direkodkan aktif menjalankan perniagaan semasa dalam pengajian melibatkan pelbagai sektor termasuk makanan dan minuman, teknologi digital, pertanian moden serta produk inovasi.

“UMS turut berjaya disenaraikan sebagai finalis Top 5 Anugerah Universiti Terbaik dalam Anugerah Keusahawanan Kementerian Pendidikan Tinggi (AKKPT),” katanya.

Hadir sama Pengarah Pusat Pembanguan Kerjaya dan Keusahawanan (CEDeC) UMS, Profesor Madya Ts. Dr. Sidah Idris dan Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hj. Rusman Dulamit.

Related Posts

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

IPOH – Sebanyak RM80,000 diperuntukkan bagi melaksanakan tujuh projek menerusi Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat Perak Sejahtera 2030 Tahun 2026, dalam usaha memperkasa komuniti Orang Kurang Upaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

IPOH – Lima anak Perak bakal membawa nama negeri ke persada antarabangsa apabila terpilih mengikuti Program Ijazah Dual Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)–Kazakh National Agrarian Research University (KazNARU) selama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

RM80,000 perkasa peluang ekonomi komuniti OKU Perak

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Lima anak Perak ke Kazakhstan, timba ilmu agroekonomi bertaraf antarabangsa

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

Maritim Pulau Pinang tahan empat warga Thailand bersama rampasan RM3 juta

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal Parlimen

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

Bapa saya tidak ditahan SPRM – Khairul Azman

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam

LKAN bukan sekadar laporan, pacu pembetulan dan tadbir urus sektor awam