RM7.05 juta diperuntuk naik taraf kemudahan sukan Stadium Negeri Sarawak

Oleh: Eveline B. & Nana Mohamad

KUCHING – Stadium Negeri Sarawak bakal dinaik taraf menerusi peruntukan sebanyak RM7.05 juta bagi memastikan kemudahan sukan itu berada pada tahap selamat, moden dan memenuhi piawaian semasa.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah dilantik sebagai agensi pelaksana projek berkenaan.

Menurut beliau, skop kerja naik taraf melibatkan penambahbaikan menyeluruh termasuk penggantian tempat duduk penonton, pemasangan sistem lampu LED dan skrin LED baharu, penambahbaikan kaunter tiket serta kerja baik pulih bilik persalinan, tandas dan surau.

“Selain itu, projek ini turut melibatkan peningkatan infrastruktur sedia ada bagi memastikan Stadium Negeri terus relevan sebagai venue utama penganjuran acara sukan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Datuk Fazzrudin Abdul Rahman pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-19, pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau menjelaskan kemudahan stadium yang lebih moden dan menepati piawaian semasa seperti FIFA dan AFC akan menyediakan persekitaran lebih kondusif untuk penganjuran pertandingan bola sepak di pelbagai peringkat.

Katanya, ia termasuk Liga Premier Sarawak yang menjadi platform penting dalam pembangunan pemain tempatan dan kelab komuniti sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.

“Pelaksanaan program pembangunan akar umbi seperti Petronas Youth Football Club League (PYFCL) juga dapat diperkasa melalui penggunaan fasiliti yang lebih berkualiti bagi tujuan latihan, pertandingan dan pembangunan bakat muda secara lebih tersusun,” ujarnya.

Tambah beliau, penglibatan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Kuching City FC (KCFC) turut membantu memperkukuh laluan pembangunan pemain daripada peringkat akar umbi ke tahap profesional.

Usaha itu, katanya, sekali gus menyokong pembangunan ekosistem bola sepak yang lebih mampan dan kompetitif di Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian melalui SSC sentiasa menggalakkan kerjasama strategik antara persatuan sukan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta agensi berkaitan.

Jelasnya, langkah itu penting bagi memastikan pembangunan sukan di peringkat sekolah dan akar umbi dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan berterusan.

Foto: UKAS

Related Posts

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

KOTA KINABALU – Sebanyak lapan pelan tindakan sementara (interim) serta dua inisiatif baharu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Teluk Sapangar (SBCP). Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

KUCHING – Buat julung kalinya, Sarawak Water Sdn Bhd tampil melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM325,000 kepada pihak Baitulmal Sarawak. Majlis penyerahan yang penuh bermakna itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

MINDET laksana 8 pelan tindakan, 2 inisiatif baharu atasi isu kesesakan pelabuhan

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

54 kapal misi GSF hampiri Gaza, SNCC jangka risiko pemintasan meningkat

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Kestabilan politik bukan sekadar slogan, data KDNK bukti Malaysia bergerak maju

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Permohonan khas ke IPTA untuk lepasan UEC, tahfiz dibuka hujung Jun

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

Sarawak Water tunai tanggungjawab, serah zakat perniagaan RM325,000 kepada Baitulmal

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat

R&R Engkilili mula operasi, pacu ekonomi komuniti setempat