Tamadun itu roh, negara bangsa itu jasadnya – Raja Muda Perlis

ARAU – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa tamadun dan negara bangsa merupakan dua entiti yang tidak boleh dipisahkan dalam memastikan kelangsungan sesebuah negara.

Baginda bertitah, tamadun membentuk akar identiti menerusi nilai dan budaya, manakala negara bangsa pula menjadi perisai kedaulatan yang menjamin kestabilan negara.

“Jika tamadun itu adalah rohnya, maka negara bangsa adalah jasadnya, kedua-duanya harus bersatu demi menjamin kegemilangan dan kelangsungan masa depan watan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Konvensyen Sejarah Nasional 2026: Bersama Membina Negara Bangsa di Dewan Kecemerlangan, Universiti Malaysia Perlis, di sini hari ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, sejarah perlu dihayati dengan penuh tanggungjawab kerana ia menjadi teras jati diri dan kompas masa depan sesebuah bangsa.

Menurut baginda, pembinaan negara bangsa memerlukan usaha berterusan menerusi pendidikan, kefahaman bersama dan kesediaan menghormati perbezaan dalam masyarakat majmuk.

Baginda turut menegaskan sejarah tempatan termasuk sejarah negeri dan komuniti setempat tidak wajar dipinggirkan kerana ia menjadi asas kepada pembentukan identiti yang lebih besar.

Dalam pada itu, baginda berharap hasrat mewujudkan Jabatan Arkib Negara di Perlis dapat direalisasikan pada masa hadapan bagi memperkukuh pemeliharaan khazanah sejarah dan warisan negeri.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit