UMS, Fujifilm meterai kerjasama bangunkan pusat latihan endoskopi canggih di Sabah

KOTA KINABALU – Universiti Malaysia Sabah (UMS) menjalin kerjasama strategik dengan Fujifilm (Malaysia) Sdn Bhd menerusi pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoU) bagi pembangunan ‘Advanced HUMS Endoscopic Training Centre’ di Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS).

Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata, ia merupakan langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan strategik antara universiti, hospital pengajar dan industri teknologi perubatan.

“Kerjasama ini untuk menyokong pembangunan latihan klinikal, pemindahan ilmu, penyelidikan serta pembangunan kapasiti profesional dalam bidang endoskopi gastrointestinal.

“Pusat ini dirancang sebagai platform memperkukuh latihan endoskopi, menggalakkan perkongsian ilmu, memudah cara bengkel latihan serta menyokong penyelidikan melibatkan HUMS, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FSSK) dan Fujifilm sebagai rakan industri,” ujarnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah HUMS, Profesor Madya Dr Malehah Datuk Mohd Noh semasa majlis tersebut, di lobi Pusat Perubatan Primer HUMS, pada Selasa.

Kasim berkata, kerjasama itu signifikan buat UMS sebagai universiti awam dengan hospital pengajar dalam memperkasa pendidikan, perkhidmatan kesihatan serta pembangunan kepakaran dan inovasi penjagaan kesihatan di Sabah.

“Bidang endoskopi memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan moden terutama dalam aspek diagnosis, rawatan dan pengurusan pesakit.

“Namun begitu, kecemerlangan dalam bidang ini memerlukan pendedahan berterusan, latihan yang tersusun serta akses kepada teknologi semasa dan amalan terbaik.

“Kerjasama ini akan memperkukuh peranan HUMS sebagai platform latihan klinikal serta membuka lebih banyak peluang kepada profesional kesihatan, pelatih, pakar dan akademik meningkatkan pengetahuan serta kompetensi dalam bidang endoskopi,” kongsinya.

Tambah Kasim, kerjasama itu turut bertujuan membina kapasiti, memperkukuh latihan klinikal, memindahkan ilmu dan teknologi, menggalakkan penyelidikan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan demi manfaat masyarakat.

“Perkara ini amat penting bagi Sabah dalam membangunkan kepakaran tempatan dan memperluas peluang latihan profesional sejajar perkembangan penjagaan kesihatan.

“HUMS sebagai hospital universiti berada pada kedudukan yang tepat untuk memainkan peranan tersebut,” ujarnya.

Turut hadir, Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Nakasuji Hisak; Naib Konsul, Sugaya Kyohei; Pendaftar UMS, Luqman Ridha Anwar; Pengarah Urusan Fujifilm, Kensuke Aragane dan Pegawai Eksekutif Jualan, Sistem Perubatan Fujifilm, Nor Afiqah Abd Rahim.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit