Fahmi arah MCMC perkasa literasi digital demi keselamatan kanak-kanak

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengadakan perbincangan bersama pelbagai pihak bagi memperkukuh literasi digital, khususnya dalam aspek keselamatan kanak-kanak di ruang siber.

Beliau berkata, usaha itu penting susulan peningkatan kes jenayah seksual dalam talian membabitkan kanak-kanak, termasuk kegiatan pedofilia, buli siber dan penipuan internet.

Katanya, langkah berkenaan perlu dilaksanakan secara menyeluruh termasuk dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meneliti kaedah memperkenalkan pendidikan literasi digital di sekolah.

“Kita bukan hanya mahu internet yang laju, murah dan meluas, tetapi internet yang lebih selamat terutama untuk kanak-kanak.

“Anak-anak hari ini membesar dengan internet sebagai sebahagian daripada kehidupan mereka, namun mereka perlu dilengkapi dengan kesedaran dan kefahaman supaya tidak menjadi mangsa pedofil, buli siber atau scam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini, hari ini.

Fahmi berkata, perkara itu susulan pendedahan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid pada 30 April lalu mengenai Operasi Cyber Guardian yang menyaksikan penahanan puluhan individu dipercayai terbabit dalam aktiviti pedofilia.

Menurutnya, sejak Op Pedo 1.0 pada penghujung 2024, Op Pedo 2.0 pada pertengahan tahun lalu dan terbaru Operasi Cyber Guardian, seramai 117 individu ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan eksploitasi seksual kanak-kanak.

Beliau berkata, situasi itu sepatutnya menyedarkan masyarakat bahawa pemangsa seksual sentiasa mencari ruang untuk mengeksploitasi kelemahan keselamatan internet bagi mendekati mangsa, termasuk melalui media sosial.

“Ini isu yang amat serius dan memerlukan tindakan bersama semua pihak bagi memastikan persekitaran digital lebih selamat untuk generasi muda,” katanya.

Related Posts

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

KUALA LUMPUR – Wanita PKR mendesak enam ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai ‘bermain dua kolam’ atau berdepan tindakan disiplin tegas. Dalam kenyataan hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi