Semua ADUN perlu patuh peraturan Dewan

KUANTAN – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diminta mematuhi peraturan mesyuarat serta tidak membuat hebahan luar yang boleh menjejaskan imej institusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang.

Speaker DUN Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, terdapat segelintir ADUN didapati mengeluarkan kenyataan di luar dewan sehingga mencetuskan persepsi seolah-olah persidangan dijalankan secara tidak adil dan tidak mengikut aturan.

“Saya agak terkejut sepanjang pemerhatian saya kebelakangan ini apabila ada Ahli Yang Berhormat membuat kenyataan dan hebahan luar yang memberi imej buruk kepada institusi Dewan.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya tohmahan tersebut dan segala penjelasan telah saya berikan sebelum ini,” katanya, seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum memulakan sesi persidangan DUN di Wisma Sri Pahang di sini, hari ini.

Beliau berkata, penetapan dokumen diembargo pada hari terakhir persidangan adalah amalan standard yang telah lama dilaksanakan serta selaras dengan amalan beberapa DUN di negeri lain.

Menurutnya, perkara itu bertujuan memastikan dokumen berkenaan tidak dipetik secara pramatang ketika sesi perbahasan berlangsung.

“Ingat, mengikut Perkara 19(4) Peraturan Mesyuarat Dewan Negeri, mana-mana Yang Berhormat yang membocorkan kertas mesyuarat sebelum tarikh embargo disifatkan telah menghina majlis,” ujarnya.

Mengulas dakwaan bahawa penetapan tersebut menjejaskan ruang perbahasan, beliau menegaskan ia tidak tepat kerana mana-mana laporan boleh dibahaskan sekiranya usul dikemukakan secara rasmi mengikut Perkara 27(3) Peraturan Mesyuarat Dewan.

Katanya, amalan itu turut dilaksanakan di Parlimen dan DUN lain, termasuk rujukan terhadap Laporan Ketua Audit Negara yang hanya dibahaskan selepas usul dikemukakan terlebih dahulu.

“Saya ingin ingatkan, setiap perkara yang hendak dibahaskan hendaklah didahului dengan usul. Tiada usul, maka tiadalah perbahasan,” katanya.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok