SMJ Energy dinobat Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan Anugerah Emerald Petronas 2026

KOTA KINABALU – SMJ Energy Sdn Bhd (SMJ Energy) dinobatkan sebagai Rakan Kongsi Ekuiti Tahunan di Anugerah Emerald Petronas 2026 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang syarikat itu kepada sektor huluan minyak dan gas Malaysia sepanjang tahun 2025.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Dionysia Kibat berkata, pengiktirafan tersebut mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam memperkukuh kerjasama bersama rakan operasi melalui cadangan serta pelan inovatif yang memberi nilai tambah, di samping mengamalkan amalan terbaik dan membuka potensi nilai daripada medan matang menerusi penyelesaian yang kos efektif.

“SMJ Energy dipilih berdasarkan sumbangan nilai strategik, kerjasama erat dengan rakan kongsi Petronas dan Kontraktor Perjanjian Petroleum (PAC) di Sabah, serta kelayakan ESG yang kukuh.

“Ini termasuk operasi yang bertanggungjawab, pelaburan sosial yang bermakna kepada komuniti Sabah dan tadbir urus yang berdisiplin sebagai rakan kongsi ekuiti berkaitan negeri.

“Pengiktirafan ini juga membuktikan usaha berterusan syarikat dalam memperkukuh kerjasama operasi dengan membawa cadangan yang inovatif serta bernilai tambah, selain memperkasa amalan terbaik industri dan meneroka potensi daripada aset matang melalui pendekatan yang lebih kos efektif,” katanya pada Isnin.

Anugerah Emerald yang dianjurkan setiap tahun oleh Petronas memberi penghormatan kepada kecemerlangan Kontraktor Perjanjian Petroleum (PAC) dari segi prestasi operasi, kerjasama strategik serta pembangunan industri mampan dalam sektor huluan minyak dan gas negara.

Sejak penubuhannya pada 2021, SMJ Energy telah membangunkan portfolio huluan yang semakin berkembang melalui perkongsian strategik bersama Petronas, termasuk penyertaan dalam Petroleum Sharing Contract (PSC) Samarang serta beberapa blok penerokaan di Sabah.

Baru-baru ini, syarikat itu turut memperoleh 20 peratus kepentingan penyertaan dalam North Sabah Enhanced Oil Recovery (EOR) PSC, sekali gus memperkukuh peranannya dalam usaha memanjangkan hayat pengeluaran aset minyak matang di Sabah serta mengukuhkan komitmen jangka panjang terhadap pembangunan sektor huluan negeri.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hakisan Kuala Nerus: Kerajaan Terengganu perlu tampil bukan sekadar tunggu projek Persekutuan

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Hukuman penjara tunggu ‘mat rempit’ mulai November

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Tatakelola, penguatkuasaan diperkukuh bendung pencerobohan tanah – PM

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Subsidi kerajaan susut 40.1 peratus pada 2025, bantuan kebajikan meningkat 380.8 peratus

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar