Itu kenyataan palsu, MKM komited beri sokongan kepada Anwar

PUTRAJAYA – Satu kenyataan menggunakan kepala surat Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden PKR adalah kenyataan palsu dan fitnah dalam mencipta naratif persepsi kepada parti.

Setiausaha Agung MKM, Aqeef Salih berkata, pihaknya sentiasa memberi sokongan penuh terhadap kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Presiden PKR.

Menurut beliau, kenyataan fitnah berkenaan tidak pernah dibincangkan, dipersetujui atau diputuskan menerusi saluran rasmi organisasi, sebaliknya dipercayai dikeluarkan oleh beberapa individu tertentu yang mempunyai agenda tersendiri.

“Tindakan menggunakan nama MKM tanpa mandat rasmi hanya menimbulkan kekeliruan selain memberi persepsi negatif terhadap organisasi mahasiswa berkenaan.

“Lebih memalukan apabila kenyataan tersebut langsung tidak disertakan nama dan jawatan individu yang bertanggungjawab mengeluarkannya.

“Ini jelas menunjukkan tindakan tersebut dibuat secara tidak profesional, tidak bertanggungjawab dan berniat tidak baik,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Aqeef berkata, mana-mana pihak yang benar-benar berani dengan pendirian sendiri sepatutnya tampil secara terbuka dan bukannya berselindung di sebalik nama organisasi mahasiswa.

Menurut beliau, MKM sentiasa berpegang kepada disiplin organisasi, adab perjuangan serta proses demokrasi matang dalam menentukan sebarang pendirian rasmi.

“Pandangan peribadi tidak boleh dipaksakan sebagai suara rasmi organisasi tanpa mandat dan persetujuan bersama. MKM tidak akan sesekali membenarkan platform perjuangan mahasiswa diperalat demi kepentingan politik individu tertentu.

“MKM sebagai sayap mahasiswa Keadilan akan terus menghormati institusi presiden serta menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata pihak sekretariat akan meneliti perkara itu secara serius termasuk mempertimbangkan tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang didakwa menyalahgunakan nama MKM tanpa kebenaran.

“MKM akan terus memberi fokus membawa suara mahasiswa secara bertanggungjawab berteraskan prinsip dan integriti organisasi,” katanya.

Pada Ahad, tular sebuah kenyataan di media sosial menggunakan kepala surat MKM yang mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap Presiden Keadilan dan bakal mengadakan satu sidang media berkaitan hala tuju organisasi itu esok jam 8.30 malam.

Related Posts

‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama Pas berubah ikut percaturan politik, dakwa Dr Marzuki

KUALA LUMPUR – Pas didakwa memilih rakan politik berdasarkan kepentingan mendapatkan kerusi Parlimen, bukannya semata-mata atas dasar perjuangan ketuanan Melayu atau ketuanan Islam. Bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an