Chelsea, Liverpool kongsi satu mata lepas seri 1-1

SEPAKAN percuma pemain tengah Chelsea, Enzo Fernandez memastikan pasukannya seri 1-1 menentang Liverpool di Anfield, sekali gus menamatkan rentetan enam kekalahan berturut-turut pelawat dalam Liga Perdana Inggeris.

Keputusan itu turut menghadiahkan pengendali sementara Chelsea, Calum MacFarlane mata pertama sejak mengambil alih pasukan.

Liverpool kekal di tangga keempat liga dengan 59 mata daripada 36 perlawanan dan semakin hampir mengesahkan slot ke Liga Juara-Juara, manakala Chelsea berada di kedudukan kesembilan dengan 49 mata daripada jumlah aksi sama.

Tuan rumah mendahului menerusi rembatan menarik Ryan Gravenberch dari luar kotak penalti.

Namun Chelsea mempamerkan aksi lebih baik berbanding beberapa perlawanan sebelum ini dan berjaya menyamakan kedudukan apabila sepakan percuma Fernandez gagal disentuh mana-mana pemain sebelum menerjah penjuru bawah gawang.

Kedua-dua pasukan turut menyaksikan jaringan dibatalkan akibat ofsaid, manakala Dominik Szoboszlai dan Virgil van Dijk terkena tiang ketika Liverpool memburu gol kemenangan pada penghujung aksi.

Related Posts

GP Belgium milik Antonelli

PELUMBA muda Itali, Kimi Antonelli menamatkan kemarau kemenangan dalam tiga perlumbaan untuk mengukuhkan kedudukannya di puncak kejuaraan Formula Satu (F1) selepas memenangi Grand Prix (GP) Belgium, hari ini. Pelumba Mercedes…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mbappe menang Kasut Emas Piala Dunia

KAPTEN Perancis, Kylian Mbappe dinobatkan sebagai pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2026 selepas Lionel Messi gagal menambah koleksi golnya pada aksi final di New Jersey, awal pagi tadi. Mbappe muncul…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

Manifesto PH demi masa depan terbaik anak-anak Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

PH lancar 10 komitmen dalam manifesto PRN Negeri Sembilan

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Keupayaan urus Negeri Sembilan bukti PH tidak tampil dengan retorik kosong

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Sungai Sedim paling berisiko kes kepala air di Kedah

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos

Gangguan monyet cetus cadangan mini zoo di Balung Kokos