PH Johor pertahan suara rakyat, persoal pengurusan isu MBJB Spot

KOTA ISKANDAR – Empat ADUN Pengimbang Pakatan Harapan Johor tampil mempertahankan tindakan mereka membangkitkan isu aplikasi parkir MBJB Spot di Dewan Negeri Johor selepas dikritik sebagai bermain “politik murah” oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Mohd Jafni Md Shukor.

Dalam satu kenyataan media bersama pada petang semalam, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pengimbang tersebut menegaskan bahawa peranan semak dan imbang adalah sebahagian daripada tanggungjawab wakil rakyat demi memastikan setiap dasar kerajaan dilaksanakan secara telus, adil dan tidak membebankan rakyat.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Andrew Chen Kah Eng (Ketua Pengimbang Dewan Negeri Johor merangkap ADUN Stulang), Liow Cai Tung (ADUN Johor Jaya), Wong Bor Yang (ADUN Senai) dan Chew Chong Sin (ADUN Mengkibol).

Menurut mereka, isu yang dibangkitkan bukanlah penolakan terhadap usaha pendigitalan sistem parkir oleh kerajaan negeri, sebaliknya tertumpu kepada kelemahan proses peralihan daripada aplikasi MBJB Spot kepada sistem baharu Parkmax@Johor yang didakwa menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna.

“Malah usaha mempertingkatkan sistem perkhidmatan parkir ini juga merupakan antara agenda yang telah kami bangkitkan dalam sidang dewan sejak tahun 2024 lagi,” menurut kenyataan itu.

Mereka turut mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang hanya mengeluarkan notis penamatan aplikasi MBJB Spot pada 15 April lalu, iaitu kira-kira dua minggu sebelum penamatan dilaksanakan.

Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pengimbang itu juga membangkitkan persoalan mengenai nasib baki kredit pengguna yang melibatkan lebih sejuta pengguna aplikasi berkenaan, selain mendakwa ruang komen Facebook MBJB ditutup susulan lambakan pertanyaan daripada orang ramai.

Dalam kenyataan sama, mereka turut mengemukakan beberapa cadangan penyelesaian termasuk pemulangan baki kredit kepada pengguna, pemindahan baki kredit ke aplikasi baharu Parkmax@Johor atau melanjutkan tempoh penggunaan aplikasi lama supaya pengguna dapat menghabiskan baki kredit sedia ada.

Mereka turut mempersoalkan kandungan “exit clauses” dalam kontrak antara MBJB dan pengendali aplikasi MBJB Spot serta menggesa kerajaan negeri lebih telus dalam menjelaskan kronologi isu tersebut kepada rakyat.

“Sepatutnya sesi penggulungan digunakan untuk menjelaskan langkah penyelesaian dan garis masa pemulangan baki kredit kepada rakyat, bukannya melabel usaha kami sebagai politik murah,” katanya lagi.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut melahirkan rasa kecewa terhadap dakwaan bahawa projek pembangunan di kawasan ADUN Pengimbang seperti DUN Senai dan DUN Bukit Batu seolah-olah dikaitkan sebagai “ganjaran” kerana menyokong pendirian kerajaan.

Mereka menegaskan bahawa pembangunan rakyat tidak seharusnya dijadikan alat tekanan politik atau syarat untuk mendapatkan sokongan.

“Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Pengimbang Pakatan Harapan tidak akan berkompromi dalam mempertahankan hak rakyat demi memastikan kepentingan pengguna terus dibela,” tegas kenyataan itu.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos