MDNS disaran main peranan aktif sokong pembangunan Sabah – Masidi

KOTA KINABALU – Majlis Datuk-Datuk Negeri Sabah (MDNS) disaran terus memainkan peranan aktif dalam menyumbang idea, pandangan dan sokongan terhadap usaha pembangunan negeri.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Kementerian Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat daripada Majlis MDNS yang diketuai oleh Datuk Claudius Roman bersama rombongan di pejabatnya, di sini.

Beliau turut menggalakkan MDNS melaksanakan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan serta memberi sokongan kepada kerajaan negeri dalam program sosial, ekonomi dan pendidikan.

“MDNS juga perlu lebih banyak terlibat dalam program mendekati masyarakat supaya dapat terus menyantuni rakyat serta memahami keperluan komuniti di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Jumaat.

Tambah Masidi, kunjungan tersebut dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memperkukuhkan kerjasama antara Kerajaan Negeri Sabah dan MDNS.

“Kerjasama diperkukuh melalui pelbagai aspek termasuk pembangunan, seterusnya membawa kesejahteraan kepada masyarakat di Sabah,” ujarnya.

Related Posts

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

PAUH PUTRA – Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) membuat laporan polis berhubung dakwaan kewujudan amalan menjual tempat pengajian dan kemasukan pelajar melalui ‘jalan belakang’ ke universiti awam yang tular menerusi satu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

KUANTAN – Seramai 28 pelajar daripada Majlis Mahasiswa Anak-anak Pahang (MAMPAN) menyertai Misi Kasih Keluarga MAMPAN Bersama Komuniti di FELDA Lepar Hilir 3, semalam. Program itu membabitkan 14 keluarga angkat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

UNIMAP buat laporan polis dakwaan kemasukan ‘jalan belakang’

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

Anwar saran ASEAN-Rusia perluas kerjasama sektor strategik

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

ASEAN-Rusia perluas kerjasama ekonomi menerusi pelan strategik baharu

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Tragedi Kem Hobart: 10 anggota tentera sudah terkorban semasa latihan bom

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Misi Kasih MAMPAN singgah di FELDA Lepar Hilir 3

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta

Pelajar IPTS ‘kantoi’ cuba seludup bunga ganja RM1.17 juta