KPKM peruntuk RM700,000 laksana inisiatif Kampung Angkat MADANI

SEBERANG PERAI – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memperuntukkan RM700,000 bagi pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Kampung Guar Petai, di sini hari ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah itu, RM500,000 diperuntukkan untuk pembangunan serta kesejahteraan Kampung Guar Petai manakala RM100,000 lagi disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Menora bagi menaik taraf kemudahan pendidikan.

Menurutnya, selain itu, KPKM turut menyediakan tambahan RM100,000 bagi pelaksanaan Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian untuk pelajar sekolah.

“Kalau semua agensi bekerja bersama, rakyat dapat manfaat lebih cepat. Bagi Kampung Guar Petai, saya difahamkan fokus utama ialah kepada pembangunan komuniti dan pemerkasaan sektor pertanian.

“Ini sangat tepat kerana kampung ini mempunyai latar belakang komuniti agro dan di sinilah asas keterjaminan makanan negara bermula,” katanya pada Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI di Dewan MPKK Kampung Guar Petai, di sini hari ini.

Menurut beliau, antara projek dilaksanakan di kampung berkenaan termasuk kerja menaik taraf jalan kampung, membaik pulih rumah usang, kerja pendalaman longkang serta pemasangan lampu solar.

Sementara itu, SK Padang Menora menerima pelbagai kemudahan baharu termasuk papan pintar, televisyen pintar, penyaman udara serta kerja membaik pulih tandas dan bilik darjah.

Terdahulu, program turut dimeriahkan dengan Jualan Agro MADANI melibatkan kerjasama beberapa agensi termasuk Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus kepada pengunjung.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula