Jangan anggap titah Sultan Selangor isu penternakan babi pandangan semberono,

PUTRAJAYA – Ketegasan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengekalkan pendirian agar sebarang aktiviti penternakan babi dimuktamadkan sepenuhnya bukanlah pandangan semberono, sebaliknya cerminan keprihatinan mendalam seorang raja terhadap kesejahteraan rakyat jelata.

Setiausaha Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Mohd Wafiyuddin Al-Awal Musa berkata, pihaknya menjunjung titah baginda selain memandang serius amaran yang dikeluarkan mengenai risiko pencemaran tanah, udara, serta kualiti air sungai akibat pelepasan najis dan sisa kumbahan babi.

“Ancaman terhadap kelestarian kawasan tadahan air yang menjadi urat nadi pembekalan air bersih kepada kira-kira 9 juta penduduk di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan Putrajaya adalah satu krisis kesihatan dan keselamatan awam yang sama sekali tidak boleh dikompromi demi kelangsungan hidup rakyat.

“Justeru, GPMS memberi amaran keras supaya jangan ada lagi mana-mana pihak yang cuba menipu, menyembunyikan kebenaran, ataupun memanipulasi fakta berhubung isu ternakan babi di Selangor,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Wafiyuddin berkata, sebarang cubaan untuk mengaburi mata rakyat sama ada mengenai realiti pencemaran alam sekitar yang sedang berlaku mahupun status sebenar pematuhan penutupan ladang-ladang tersebut adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Segala taktik memutar belit kenyataan demi menjaga kepentingan industri tertentu atau kelangsungan politik sempit mesti dihentikan serta-merta.

“Kerajaan Negeri Selangor serta agensi-agensi penguatkuasa yang bertanggungjawab dituntut untuk bersikap telus, jujur, dan berintegriti penuh dalam melaksanakan titah penyelesaian tuntas ini tanpa sebarang dolak-dalik,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, sebagai menterjemahkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu, GPMS turut menyeru seluruh mahasiswa, belia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta rakyat yang taat setia untuk bangkit melalui Himpunan Menjunjung Kasih & Sokong Titah Sultan Selangor.

“Himpunan aman tersebut adalah manifestasi jelas bahawa rakyat sentiasa menjadi benteng kukuh di belakang sultan, dan akan terus menolak anasir-anasir yang berani mencabar institusi diraja

“GPMS berikrar akan terus menjadi barisan pertahanan hadapan dalam mendaulatkan agama Islam, mempertahankan kelangsungan bangsa Melayu, dan memelihara kesucian kedaulatan Raja-Raja Melayu demi keharmonian tanah air tercinta,” katanya.

Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian bahawa baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di negeri ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, perkara itu pernah ditegaskan Sultan Sharafuddin menerusi kenyataan media pada 10 Februari lalu.

Katanya, baginda mencadangkan agar daging babi diimport dari negeri lain seperti Sarawak bagi memenuhi keperluan masyarakat bukan Islam yang makan babi di Selangor.

Menurutnya, negara seperti Singapura juga tidak menternak babi dan mengimport daging babi dari luar

Related Posts

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

JOHOR BAHRU – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, hari ini secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor bagi penggal pentadbiran baharu selepas mendapat perkenan Pemangku…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Imigresen mohon orang ramai kesan wanita asal Semporna bantu siasatan

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Generasi muda Malaysia berupaya jadi inovator bertaraf dunia – Rina

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Kerajaan perhebat langkah perkukuh sistem agromakanan negara

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Slogan ‘Asalkan Bukan PH-DAP’ cetus politik berasaskan kelompok – Tajuddin

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi

RMK13 fokus tingkat pendapatan, tangani fenomena ‘working poor’ – Menteri Ekonomi