Peniaga wanita berputih mata, rugi RM281,700 terpedaya pelaburan tidak wujud

MIRI – Hasrat seorang peniaga wanita untuk meraih keuntungan segera lebur apabila dia kerugian RM281,700 akibat terjerat dengan sindiket pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa berusia 40 tahun itu menyedari dirinya ditipu sebelum bertindak membuat laporan polis pada Rabu.

Menurutnya, mangsa sebelum itu telah diperkenalkan kepada satu skim pelaburan saham oleh individu yang baru dikenalinya di aplikasi tersebut, sebelum berurusan dengan seorang suspek yang memperkenalkan diri sebagai ‘Encik Mike’.

“Mangsa yang terpedaya dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan dalam tempoh singkat itu kemudiannya telah melakukan lapan transaksi pemindahan wang.

“Pemindahan wang berjumlah RM281,700 secara keseluruhan itu telah dimasukkan ke dalam enam akaun bank yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mohd Farhan berkata, mangsa hanya menyedari dirinya menjadi mangsa penipuan selepas suspek mula memberikan pelbagai alasan apabila mangsa cuba menuntut keuntungan daripada pelaburan berkenaan.

Tegas beliau, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, berserta sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

“Susulan insiden ini, pihak polis ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah gelap mata dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan ‘bulan dan bintang’ dalam masa yang singkat.

“Buatlah semakan status pelaburan melalui laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi memastikan ia mempunyai kelulusan yang sah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan masyarakat agar memanfaatkan portal Semak Mule PDRM bagi menyemak rekod nombor telefon dan akaun bank yang meragukan sebelum melakukan sebarang transaksi pemindahan wang.

Individu yang menyedari telah menjadi mangsa penipuan siber dinasihatkan untuk segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997, bagi membolehkan tindakan pantas menyekat wang daripada terus dipindahkan ke akaun sindiket.

Sebarang maklumat tambahan berhubung kes tersebut juga boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Tasman Hukman di talian 014-8618690.

Related Posts

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

TAWAU – Jabatan Kesihatan dan agensi berkaitan diseru menjalankan pemeriksaan serta siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti aduan orang ramai berhubung beberapa kes sakit perut, muntah dan cirit-birit sejak beberapa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

MUKAH – Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Mukah bakal menghimpunkan 50 agensi kerajaan, badan berkanun dan rakan strategik yang menawarkan 170 perkhidmatan kepada masyarakat sepanjang penganjurannya di Dataran Pehin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

Perancis, Itali atasi lawan dalam saingan Liga UEFA

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

MyCC perkukuh perlindungan, ganjaran pemberi maklumat bongkar kartel

Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

  • By Fatin
  • September 28, 2026
Siasatan segera laporan, aduan sakit perut, cirit-birit – Suryady

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

SKS Mukah pecah rekod: Tawar 170 perkhidmatan, hadiah utama Proton Saga MC3

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Tun Dr Siti Hasmah

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan

Langgar syarat lesen, sebuah vesel serta tiga kru Myanmar ditahan