Pas perlu tinggalkan sikap khianat jika mahu UMNO laksana perubahan

KUALA LUMPUR – Cadangan Tan Sri Abdul Hadi Awang agar UMNO kembali kepada perjuangan Islam boleh dipertimbangkan sekiranya pemimpin Pas membuang rasa khianat dan tidak bersikap tikam belakang kepada rakan parti.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, cadangan tersebut boleh digerakkan semula sekiranya syarat itu dipenuhi oleh Pas.

Menurutnya, UMNO tidak mahu kesilapan sama berulang sekali lagi sehingga parti itu menjadi mangsa dalam pengkhianatan yang dilakukan oleh Pas dan Perikatan Nasional (PN).

“Dulu saya yang memulakan (Muafakat Nasional) tapi DNA mereka adalah khianat.

“Kalau mereka (pemimpin Pas) hilangkan rasa khianat dalam hati mungkin kita boleh pertimbangkan tapi kalau khianat masih terus ada elok kita lupakan,” katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Dasar Sosial Negara bagi tahun 2026 – 2030 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas pertanyaan media berhubung cadangan Abdul Hadi yang mengajak UMNO untuk bermuhasabah dan ‘kembali ke pangkal jalan’ selepas didakwa tersalah memilih rakan politik dalam Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Marang itu mendakwa, UMNO semakin lemah kerana meninggalkan asas perjuangan Islam dan Melayu selepas memilih bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Semalam, dalam tulisan Minda Presiden bertajuk ‘UMNO: Rumah Yang Dicabut Paku Lantai’, Abdul Hadi berkata tindakan itu menyebabkan pegangan parti berkenaan terhadap dasar Islam dan Melayu semakin goyah.

“Apa dilakukan sekarang, UMNO sedia meninggalkan asas Islam dan Melayu, laksana mencabut paku lantai kerana bekerjasama dengan parti liberal seperti PKR dan parti yang melampau sekularnya seperti DAP kerana mahukan kedudukan, bukan kuasa dalam kerajaan,” katanya.

Muafakat Nasional (MN) ditubuhkan pada September 2019 sebagai gabungan politik antara UMNO dan Pas selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dengan matlamat menyatukan sokongan orang Melayu dan Islam susulan kekalahan Barisan Nasional (BN).

Kerjasama itu dilihat berjaya pada peringkat awal apabila kedua-dua parti mencatat beberapa kemenangan dalam pilihan raya kecil, sekali gus mencetuskan gelombang baharu politik Melayu yang ketika itu dianggap mampu menjadi cabaran besar kepada Pakatan Harapan (PH).

Related Posts

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan keputusannya meninggalkan parti itu dengan menegaskan tindakannya bukan berpunca daripada kegagalan anaknya dipilih sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

PUTRAJAYA – Perebutan logo Perikatan Nasional (PN) antara Pas dan Bersatu mencerminkan kegagalan pembangkang dalam membina satu struktur gabungan yang benar-benar stabil, tersusun dan dihormati oleh semua parti komponennya. Penganalisis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi