PH Negeri Sembilan terus raih sokongan akar umbi

PAKATAN Harapan (PH) di Negeri Sembilan terus menerima sokongan daripada akar umbi yang mahukan kestabilan politik dikekalkan bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara berkesan.

Ahli Dewan Negara, Senator Dr Jufitri Joha berkata, kestabilan politik di bawah Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Negeri Sembilan oleh Datuk Seri Aminuddin Harun, amat penting bagi membolehkan negeri itu terus maju, selain menangani cabaran semasa termasuk isu ekonomi dan institusi.

Mengulas mengenai krisis di negeri itu, dalam masa sama beliau berkata, institusi adat di Negeri Sembilan perlu terus dihormati serta diperkasakan tanpa campur tangan politik, seiring dengan sistem pentadbiran negeri supaya kedua-duanya memberi manfaat kepada rakyat.

“Jadi kestabilan penting. Kita nak merayu pada rakyat Negeri Sembilan utamakan kestabilan supaya akhirnya kita boleh fokus nak berharapan dengan krisis tenaga, dengan krisis institusi yang kita sedang hadapi ini, institusi adat dan bagaimana kita boleh cari jalan keluar bersama lah.

“Orang politik jangan tambah lagi lah masalah. Itu kita rayu,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) selepas Ceramah Perdana Pimpinan Utama PH di sini, pada Rabu.

Turut hadir, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu serta Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau turut merujuk pandangan antarabangsa yang menyifatkan Malaysia antara negara paling stabil di rantau Asia Tenggara dari segi perkembangan ekonomi, sekali gus membuktikan keberkesanan pentadbiran sedia ada.

Sementara itu, Timbalan PKR Cabang Rembau, Md Sani Md Shah berkata, akar umbi parti akur dengan keputusan pimpinan pusat dan akan terus menyokong kepimpinan Aminuddin.

Beliau berkata, ahli parti di peringkat bawahan akan terus memperkukuh organisasi serta memberi sokongan penuh kepada Kerajaan Perpaduan yang turut disertai PH dan kerjasama bersama parti komponen lain.

“Kita di peringkat akar umbi akan terus bekerja mengikut keputusan pucuk pimpinan demi memastikan kestabilan politik negeri dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, aktivis bebas, Nora Mohamad Noor berkata, kerajaan sedia ada wajar diberi peluang untuk satu penggal lagi bagi memastikan proses pembaikan dan pembaharuan dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh.

Katanya, masih banyak perkara yang perlu diperbaiki dan tempoh masa yang lebih panjang diperlukan bagi memastikan segala perancangan dapat direalisasikan dengan baik.

“Kita mahu pimpinan tunaikan janji kepada rakyat. Satu penggal bagi saya masih singkat untuk selesaikan banyak perkara yang perlu diperbaiki,” katanya.

Related Posts

Puad pertahan tindakan keluar UMNO, dakwa sistem pemilihan calon tidak telus

JOHOR BAHRU – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mempertahankan keputusannya meninggalkan parti itu dengan menegaskan tindakannya bukan berpunca daripada kegagalan anaknya dipilih sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas dan Bersatu berebut guna logo PN, PH ada peluang menang PRN Johor

PUTRAJAYA – Perebutan logo Perikatan Nasional (PN) antara Pas dan Bersatu mencerminkan kegagalan pembangkang dalam membina satu struktur gabungan yang benar-benar stabil, tersusun dan dihormati oleh semua parti komponennya. Penganalisis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Karisma dan diplomasi MADANI

Karisma dan diplomasi MADANI

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

HKHM2026 tampil dengan tema ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Jemaah Menteri setuju laksana Hari Bekerja Hibrid mulai 1 Ogos

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

Fahmi santuni penduduk Batu Pahat, Program JIWA@Komuniti MADANI meriah dengan Sembang Santai

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

157 nelayan Muar terima bantuan RM47,000, LKIM komited perkasa kebajikan dan pendapatan nelayan

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi

GLIC, GLC perkasa agenda Bumiputera, 10 syarikat disasar tersenarai – Fahmi