Ops Tiris 4.0 rekod 506 kes, 147 individu ditahan

SANDAKAN – Ops Tiris Bersepadu 4.0 yang dilaksanakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya merekodkan sebanyak 506 kes dengan penahanan 147 individu di seluruh negara setakat ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, operasi bersepadu itu melibatkan pelbagai agensi penguat kuasa dalam usaha membanteras ketirisan dan penyeludupan barang kawalan, khususnya bahan api.

“Satu taklimat berhubung status semasa pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) telah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor, pada Isnin.

“Taklimat ini memberi fokus kepada dapatan serta status operasi penguatkuasaan dan pemantauan yang dilaksanakan melibatkan agensi seperti Bahagian Penguat Kuasa KPDN, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), ESSCOM dan lain-lain,” katanya ketika ditemui media sempena Program Sentuhan Kasih dan Jualan Rahmah Madani di pekarangan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di sini, pada Selasa.

Tambah Armizan, pelaksanaan Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) adalah susulan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2026, yang turut menyaksikan pengaktifan Jawatankuasa Tertinggi Penyelarasan Antara Agensi Penguatkuasaan Bagi Membanteras Ketirisan dan Penyeludupan (JTPAP).

“Operasi ini mula berkuat kuasa pada 16 Mac 2026 dan diperkukuh melalui penubuhan dua Pasukan Petugas Khas bagi peringkat Sarawak serta Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan WP Labuan, pasukan petugas khas itu dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Persekutuan Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah,” kongsinya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sepanjang tempoh 16 Mac hingga 4 Mei 2026, sebanyak 38,071 pemeriksaan telah dijalankan di seluruh negara, yang membawa kepada 506 kes dan 147 tangkapan.

“Daripada jumlah itu, penyelewengan diesel mencatatkan kes tertinggi iaitu 228 kes, diikuti petrol (105 kes), gas petroleum cecair (64 kes), minyak masak (57 kes), gula (35 kes) dan tepung gandum (16 kes).

“Di Sabah, sebanyak 6,108 pemeriksaan telah dilaksanakan dengan 132 kes direkodkan, melibatkan 48 kes diesel dan 37 kes petrol sebagai komoditi utama,” ujarnya.

Menurut Armizan, pelaksanaan operasi ini merangkumi tiga sektor utama iaitu daratan, perairan dan sempadan, dengan KPDN sebagai peneraju sektor darat, manakala sektor sempadan diketuai PDRM dan sektor perairan oleh Maritim Malaysia.

“Sepanjang operasi ini juga, sebanyak 223 kes serahan direkodkan oleh pelbagai agensi penguat kuasa.

“Pasukan Gerakan Am (PGA) mencatatkan jumlah serahan tertinggi iaitu 120 kes, diikuti Pasukan Polis Marin (PPM) sebanyak 61 kes dan PDRM sebanyak 32 kes,” katanya.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM