Isu 3R wajar di bawah Akta Hasutan, bukan medan kritik politik – Fahmi

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi , Datuk Fahmi Fadzil menegaskan Akta Hasutan masih diperlukan khususnya dalam kes melibatkan isu kaum, agama dan institusi diraja (3R), namun tidak wajar disalahgunakan terhadap pengkritik politik.

Beliau berkata, pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah jelas bahawa isu politik perlu ditangani melalui saluran politik, manakala tindakan undang-undang hanya wajar diambil dalam perkara yang menyentuh ketenteraman awam, perpaduan negara serta institusi raja-raja Melayu.

“Jika ia menyentuh raja-raja Melayu, atau perkara berkaitan agama dan kaum, ini adalah elemen hasutan yang boleh mengganggu keharmonian dan perpaduan.

“Polis perlu mengambil tindakan,” katanya ketika sesi langsung ‘Tanya – Jangan Sentap!’ yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Dr Noor Azizan Abdul Majid dalam satu sesi temu bual yang turut membincangkan isu krisis bekalan global, tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dunia serta perkembangan politik di Negeri Sembilan.

Menurut Fahmi, pendekatan yang dibawa oleh Anwar memberi penekanan kepada pemisahan jelas antara perbahasan politik dan perkara yang melibatkan kepentingan awam seperti keselamatan, perpaduan serta penghormatan terhadap institusi diraja.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak mencampuri urusan siasatan atau proses kehakiman yang dijalankan oleh agensi penguat kuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, masih wujud persepsi dalam kalangan masyarakat bahawa Perdana Menteri akan menghubungi pihak berkuasa atau mahkamah untuk mempengaruhi keputusan kes tertentu.

“Ramai beranggapan Perdana Menteri membuat panggilan untuk meminta tindakan diambil, mempengaruhi hakim dalam kes tertentu, atau mengarahkan perbicaraan diteruskan. Hakikatnya, perkara itu tidak berlaku,” katanya.

Mengulas lanjut, Fahmi turut menolak dakwaan bahawa negara kembali kepada pendekatan lama dalam mengendalikan perhimpunan aman, termasuk penggunaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU), gas pemedih mata, tangkapan beramai-ramai serta semburan air bercampur bahan kimia.

“Era itu sudah berlalu,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula