Batalion 17 PGA rekod 16 serbuan, rampasan RM2.24 juta sepanjang April

LAHAD DATU – Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu merekodkan 16 serbuan dengan rampasan barangan bernilai RM2.24 juta menerusi Operasi (Op) Bersepadu, sepanjang April lalu.

Batalion 17 PGA Lahad Datu dalam Facebook rasminya memaklumkan, kejayaan itu hasil penugasan Cawangan Risik serta Op Taring Esszone Kompeni A.

“Rampasan membabitkan pelbagai barangan termasuk ketum, dadah jenis syabu, bahan buangan terjadual, produk sejuk beku serta barangan kawalan seperti minyak masak, tong gas, petrol dan diesel selain kenderaan.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan RM2,248,138.20 dan turut ditahan 19 lelaki dan seorang wanita melibatkan 15 warga tempatan serta lima warga asing,” menurut Batalion 17 PGA Lahad Datu, pada Selasa.

Semua kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952, Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Imigresen 1959/63, Enakmen Haiwan Sabah 2015 serta Peraturan-Peraturan Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Menurut kenyataan sama, antara kejayaan utama ialah penahanan seorang lelaki warga asing bersama syabu seberat 32.15 gram di kawasan Tungku pada 6 April.

Selain itu, dua lelaki tempatan turut ditahan di Silabukan pada 8 April bersama empat bungkusan serbuk ketum seberat empat kilogram serta 10 botol air ketum yang sudah diproses.

“Op Tiris 4.0 pada 17 April di Batu S5 pula membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan bersama lima tong drum dan 12 jerikin berisi 1,240 liter diesel.

“Kesemua kes masing-masing diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Lahad Datu,” kata kenyataan itu.

Foto : Batalion 17 PGA Lahad Datu

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan