Maritim Semporna tegas perangi jenayah ekosistem marin

SEMPORNA – Maritim Malaysia Zon Maritim Semporna menegaskan komitmennya memerangi jenayah terhadap ekosistem marin susulan rampasan 575 kilogram baja ammonia dipercayai untuk tujuan bom ikan.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata, tangkapan di perairan Pulau Bum-Bum pada Ahad itu membuktikan komitmen jitu Maritim Malaysia dalam memerangi aktiviti pengeboman ikan tanpa kompromi.

“Penggunaan baja ammonia sebagai bahan letupan bukan sahaja satu kesalahan jenayah, tetapi ‘pembunuh’ kepada khazanah dasar laut kita.

“Jika kesemua 23 guni ini digunakan, impak kerosakan terhadap terumbu karang adalah amat dahsyat dan sukar untuk dipulihkan,” katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.

Menurutnya, sektor pelancongan merupakan nadi ekonomi Semporna yang menarik pelancong serata dunia melihat keindahan biodiversiti negeri ini.

“Dengan membanteras bom ikan, kita sebenarnya sedang melindungi kelangsungan ekonomi penduduk setempat, pengusaha selam skuba dan memastikan perairan kita kekal selamat serta lestari untuk generasi akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, 23 guni mengandungi 575 kilogram ammonia dirampas sepasukan anggota Maritim Malaysia ketika bot ronda ADAL 18 melaksanakan Ops Khas Cegah PATI (OCP) Sektor Timur dan Ops Tiris 3.0 kira-kira pukul 4 petang.

Semasa operasi dijalankan, sebuah bot pam dikesan dalam keadaan mencurigakan kira-kira 0.2 batu nautika utara pulau berkenaan.

Bagaimanapun, juragan bot bertindak melarikan diri dengan terjun ke laut sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa sebelum berenang ke daratan berhampiran bagi mengelakkan ditahan.

Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Foto: Maritim Malaysia Semporna

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan