Harga lantai padi RM3,000 beri kesan harga beras – Dr Ismail

ALOR SETAR – Cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM3,000 bagi setiap tan metrik berpotensi memberi kesan langsung kepada kenaikan harga beras di pasaran.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Datuk Dr Ismail Salleh berkata, penetapan harga sedemikian tidak boleh dilihat secara terasing tanpa mengambil kira rantaian kos pengeluaran sehingga ke peringkat pengguna.

Menurutnya, sekiranya harga lantai padi dinaikkan kepada RM3,000, ia akan menyebabkan harga beras meningkat melebihi RM60 bagi setiap 10 kilogram.

“Kalau harga lantai RM3,000 dilaksanakan, secara mudahnya harga beras boleh melebihi RM6 sekilogram. Jadi, kita tidak boleh pisahkan antara harga padi dan harga beras,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat MADA di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan pada Ahad mencadangkan harga lantai padi RM3,000 sekiranya gabungan itu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Menurut Takiyuddin, komitmen itu akan dimasukkan dalam manifesto gabungan berkenaan sebagai usaha meningkatkan pendapatan pesawah serta memperkukuh sektor agromakanan negara.

Dr Ismail menyifatkan, cadangan RM3,000 sebagai sekadar ‘ucapan politik’ yang tidak mengambil kira realiti industri padi dan beras.

Jelasnya, rekod menunjukkan kenaikan harga lantai padi sebelum ini hanya berlaku di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI iaitu daripada RM1,200 kepada RM1,300 dan seterusnya kepada RM1,500.

“RM3,000 tu hanya adalah ucapan politik, untuk tunjuk bahawa kerajaan yang ada sekarang ni satu sen pun tak guna. Kerajaan yang ada sekarang ni tak mampu buat apa-apa. Bila kami (PN) naik, akan berlaku kenaikan RM3,000.

“Jadi, saya tak pasti sama ada YB Takiyuddin memahami industri ini dengan baik ataupun hanya melontarkan untuk mendapat mileage politik.

“Mendapat sokongan daripada mereka-mereka yang hadir (perhimpunan aman) dengan semangat itu, cakap di atas dorongan itu adalah untuk semangat. Jadi, kalau nak semangat macam itu, jangan sebut RM3,000, kita sebut RM4,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, kerajaan sedang merangka mekanisme harga apung bagi beras sebagai langkah menstabilkan pasaran, mengambil kira faktor kos global termasuk kenaikan harga diesel dan baja.

Menurutnya, kenaikan kos input di peringkat antarabangsa seperti di Thailand dan Vietnam turut memberi kesan kepada harga import beras negara, sekali gus mempengaruhi harga tempatan.

“Bila harga beras dunia naik, harga dalam negara juga akan terkesan. Sebab itu kita cadangkan mekanisme harga apung supaya ada keseimbangan antara harga padi dan beras,” jelasnya.

Related Posts

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

TURKIYE – Anadolu Agency (AA) pada 14 September 2026 melancarkan Program Latihan Kewartawanan Perang edisi ke-30 bagi memperkukuh kemahiran serta kesiapsiagaan pengamal media dalam membuat liputan di kawasan konflik dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

LABUAN – Pergerakan Pemuda UPKO dan Pergerakan Generasi Muda UPKO Labuan membuat laporan polis berhubung kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sepang, Datuk Noorazli Said yang didakwa menyentuh isu kaum, agama dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Tiga wartawan TMP wakil Malaysia ke program Latihan Kewartawanan Perang di Ankara

Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Pemuda UPKO, Warisan buat laporan polis isu kenyataan Noorazli

Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Penglibatan anak muda beri dimensi baharu Sambutan Hari Malaysia di Sabah

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

Malaysia nombor dua Asia Tenggara bagi prestasi penstriman internet

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1